• Follow Us: social media media social twiter social media social media Color Theme: yellow green blue Languages: Others Text Size:
    A+ A A-

Jabatan Perhutanan Negeri, Negeri Sembilan adalah Jabatan yang dipertanggungjawabkan dalam menguruskan khazanah hutan Negeri Sembilan untuk keberhasilan yang optimum dalam masa yang sama dapat memelihara kepelbagian biologi hutan. Pengurusan utama adalah melibatkan pengusahasilan hutan secara impak rendah ataupun ‘Reduce Impact Logging (RIL)’. Pengusahasilan kawasan hutan merangkumi aktiviti pembalakan di kawasan hutan pengeluaran dalam Hutan Simpanan Kekal, Tanah Kerajaan dan juga Tanah Beri Milik. Pengeluaran lesen pengusahasilan merupakan petunjuk prestasi ataupun produktiviti Jabatan dalam memenuhi keperluan pelanggan dan Kerajaan Negeri. Dalam tahun 2017, sejumlah 8 lesen telah dikeluarkan meliputi kawasan seluas 630.86 hektar tidak melebihi sasaran pengeluaran sebanyak 2,397 hektar setahun. Produktiviti dan kecekapan pengurusan Jabatan dalam pengusahasilan adalah sebanyak 630.86 hektar ataupun 26.32 peratus.

Pada tahun 2018 proses perlesenan adalah sebanyak 5 lesen iaitu seluas 459.15 hektar sehingga bulan Ogos. Pencapaian produktiviti adalah sebanyak 19.16 peratus jika dibandingkan dengan sasaran Catuan Tebangan Tahunan sebanyak 2397 hektar setahun.  

Copyright     Disclaimer     Security Policy     Privacy Policy     Sitemap     User Helps
Copyright © 2015 Negeri Sembilan Forestry Department, Block C, Department 4, Government Security Complex, 70503 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel: 06-7659849  |  Fax: 06-7623711  |  Email: webjpnns[at]forestry[dot]gov[dot]my
Best viewed with the resolution of 1280 x 800 pixels.
Latest Update:
21/04/2019