• Ikut Kami: social media media social twiter social media social media Pilihan Warna: yellow green blue Pilihan Bahasa: Lain-lain Saiz Teks:                         
  • Slide
  • Slide
  • Slide
  • Slide
   

Dasar Perhutanan Negara 1978 (pindaan 1992) yang diluluskan oleh Majlis Tanah Negara pada 19hb November 1992 dan diterimapakai oleh Kerajaan Negeri Sembilan dengan mengambil pendekatan yang menyeluruh dalam pengurusan, pemeliharaan dan pembangunan sumber hutan.

Dasar Perhutanan Negara telah menggariskan beberapa matlamat utama seperti berikut:-

  1. Untuk menguruskan sumber hutan negara secara berkekalan bagi pengeluaran berterusan hasil dan perkhidmatan hutan serta penggunaannya secara optimum bersesuaian dengan keperluan alam sekitar
  2. Untuk meningkatkan bekalan pengeluaran hasil dan perkhidmatan melalui aktiviti-aktiviti perhutanan bersesuaian yang akan meningkatkan kualiti, produktiviti serta penggunaan sumber hutan
  3. Untuk terus membangunkan teknologi mantap yang bersesuaian dengan keperluan alam sekitar bagi pemeliharaan, pengurusan dan penggunaan sumber hutan
  4. Untuk memelihara dan melindungi kepelbagaian hayat hutan, air dan tanah dan penggunaannya secara berkekalan
  5. Untuk meningkatkan kualiti dan kecekapan kilang-kilang pemprosesan berasaskan keluaran hutan serta menambahkan aktiviti hiliran dengan nilai-nilai yang tinggi
  6. Untuk memperkukuhkan kesedaran awam berhubung peranan hutan terhadap alam sekitar dan pemeliharaan melalui pembelajaran serta penyebaran maklumat
  7. Untuk meningkatkan sumbangan sektor perhutanan kepada pendapatan negara, pertukaran wang asing dan peluang-peluang pekerjaan.

 


Hakcipta     Penafian     Dasar Keselamatan     Dasar Privasi     Peta Laman     Bantuan
Hakcipta Terpelihara © 2015 Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Blok C, Tingkat 4, Kompleks Setiausaha Kerajaan, 70503 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel: 06-7659849  |  Faks: 06-7623711  |  Emel: webjpnns[at]forestry[dot]gov[dot]my
Paparan terbaik menggunakan popular pelayar dengan resolusi 1280 x 800 piksel.
Tarikh Kemaskini:
26/02/2020
 
Hubungi Kami