Di Negeri Sembilan, Hutan Lipur memainkan peranan yang penting di dalam sektor eko-pelancongan sejajar dengan tahap pembangunan negara dan peningkatan taraf hidup rakyat. Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan telah dapat merancang, menubuh dan menyelenggara kawasan Hutan Lipur yang mampan di dalam menyediakan kemudahan riadah dan rekreasi bagi memenuhi keperluan penduduk setempat dan masyarakat dunia amnya.


Perkembangan kemudahan di Hutan Lipur telah dapat menarik pengunjung tempatan dan luar negara disamping memajukan industri yang berkaitan dengan eko-pelancongan dan menjadikan hutan lipur sebagai satu tarikan yang menarik kepada pelancong dalam negara dan luar negara umumnya.


Selaras dengan hasrat Kerajaan untuk memajukan sektor pelancongan di negara ini, pihak Jabatan Perhutanan Negeri juga telah membangunkan sebanyak 12 unit kawasan Hutan Lipur. Setiap hutan lipur ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dan ia dijangka dapat menarik pengunjung ke tempat tersebut dalam satu-satu masa.

 

Hutan Lipur di Negeri Sembilan:

 Batu Maloi  Gunung Tampin  Lata Kijang  Serting Ulu
 De Bana  Jeram Tengkek  Lenggeng  Ulu Bendul
 Gunung Datuk   Jeram Toi  Pasir Panjang