Fakta Menarik Tentang Hutan Simpan Sungai Menyala

  • Mempunyai keluasan 1,280 hektar
  • Merupakan Hutan Dipterokarp Tanah Pamah yang masih ada di pesisiran Pantai Semenanjung Malaysia.
  • Diklasifikasi sebagai hutan Keruing-Meranti merah kerana didominasi oleh spesies Meranti merah dan Keruing.
  • 15% daripada keluasan sebenar merupakan kawasan berpaya.

Tahukah Anda

  • Nama Sungai Menyala dikaitkan aktiviti menjala ikan di sungai yang diakukan oleh orang asli suatu ketika dahulu yang mana dalam loghat Negeri Sembilan dipanggil sebagai ”Menyalo ikan”.
  • Masyarakat orang asli yang paling hampir dengan lokasi ini adalah Orang Asli Kampung Bukit Kepong dari suku Temuan.

Lokasi

Melalui Lebuhraya Seremban-Port Dickson sehingga menemui simpang empat yang mempunyai lampu isyarat. Ambil kiri dan pandu sejauh 3 km untuk sampai ke pintu masuk Pusat Edu-Ecotourism ini.

  • 30 km dari pusat bandar Seremban
  • 12 km dari Bandar Port Dickson
  • 70 km dari Kuala Lumpur
  • 40 km dari KLIA

Aktiviti

  • Treking
  • Memerhati Burung
  • Memerhati Hidupan Liar
  • Aktiviti Malam
  • Berbasikal dan berjogging
  • Penyelidikan
  • Interpretasi Alam
  • Melawat Galeri

Tarikan Utama

  • Denai Razani
  • Denai Warisan Hutan
  • Denai Pelbagai Guna
  • Plot Herba
  • Galeri Orang Asli
  • Galeri Perhutanan
  • Petak Kajian

Spesies Menarik

  • Red Giant Flying Squirrel (Petaurista petaurista)
  • Kelubi ( Eleiodoxa conferta)
  • Pokok Jelutong terbesar
  • Pokok Mersawa terbesar

Kemudahan

  • Dorm
  • Bilik VIP
  • Dewan Taklimat
  • Perpustakaan
  • Bilik Mesyuarat
  • Dewan Terbuka
  • Dewan Makan
  • Tempat letak kenderaan
  • Surau
  • Basikal

Alamat

Pusat Edu Eco-tourism Sg. Menyala,

Jalan Sua Betong, N8, 71000 Si Rusa,

Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus

Tel/Faks: 06-6463917/06-6463886

e-mail: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

           Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

          https://www.facebook.com/sgmenyala/

          https://www.facebook.com/LamanRasmiJabatanPerhutananNegeriSembilan/

Koordinat: 2.4946047, 101.8870857

  • 1
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9