Fakta Menarik Tentang Taman Alam Liar

  • Terletak di dalam Hutan Simpan Kenaboi yang merupakan Hutan Dipterokarp Bukit.
  • Merupakan unjuran penghujung Banjaran Titiwangsa yang bersempadan dengan Negeri Pahang dan Negeri Selangor.
  • Kaya dengan pelbagai tumbuhan seperti orkid-orkid liar, tumbuhan herba, paku-pakis dan palma.

Tahukah Anda

  • Kawasan ini mula diterokai pada tahun 1990 oleh penggiat aktiviti lasak 4 x 4 yang melalui Lembah Jemaloi satu ketika dahulu.
  • Kawasan ini pernah dikenali sebagai Rimba Savana Camp Rudi
  • Keunikan kawasan ini terdapat air terjun yang melimpah dari Sungai Kering iaitu anak Sungai Kenaboi yang sering dikaitkan dengan mitos kijang yang cedera dan jatuh di air terjun ini
  • Terdapat beberapa perkampungan orang asli iaitu kg Tohor, Kg London dan Kg Nap disekitar kawasan ini.

Kemudahan

  • Tandas Awam
  • Dewan Serbaguna
  • Tapak Perkhemahan
  • Pondok Rehat
  • Pejabat
  • Tempat letak kenderaan
  • Dewan Kuliah
  • Chalet
  • Dorm
  • Kantin
  • Bilik Mesyuarat

Aktiviti

  • Treking ke Jeram Berungut
  • Meneroka Gua Harimau
  • Treking ke Air Terjun Lata Kijang
  • Mendaki Gunung Besar Hantu
  • Mendaki Gunung Kecil Hantu
  • Treking ke Lembah Jemaloi
  • Perkampungan Orang Asli
  • Meneroka Gua Batu Bulan
  • Mendaki Bukit Enjin

Spesies Menarik

  • Haniffa Cyanescens
  • Bilbophyllum Linearifolium
  • Corybasholttumii
  • Dendrobium Rupicolum
  • Enggang Badak
  • Buceros Rhinoceros
  • Takau Hitam Kuning
  • Sambar Batu

Lokasi

Terletak 63 km dari Kuala Klawang melalui jalanraya Kuala Klawang – Seremban atau 100 km dari Bandar Seremban

Bagaimana hendak ke sana

Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan pacuan empat roda dari Kuala Klawang

Alamat

Pejabat Hutan Daerah,

Negeri Sembilan Utara,

71600, Kuala Klawang Jelebu, Negeri Sembilan.

Tel/Fax: 06-6136500

e-mail: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.">Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9