Taman Alam Liar Negeri terletak di Lembah Jemaloi yang meliputi kawasan Hutan Simpan Kenaboi mempunyai keluasan kira-kira 9 450 ha. Kawasan ini dimonopoli oleh dirian Hutan Dipterokarp Tanah Tinggi dan Hutan Buluh. Kawasan hutan terutama di persekitaran Lata Kijang Masih lagi berstatus hutan dara yang mempunyai ketinggian 400 – 500m dari paras laut. Lembah Jemaloi dilihat sebagai kawasan tadahan air yang penting untuk komuniti di hiliran yang majoritinya terdiri daripada Orang Asli. Terdapat 3 buah perkampungan orang asli di taman ini iaitu Kg Tohor, Kg London dan Kg Bertam

Konsep Pembangunan:
Secara keseluruhannya konsep pembangunan dan rekabentuk yang dirancang adalah berdasarkan kepada gabungan elemen-elemen semulajadi dan bersesuaian dengan konsep “Wilderness Exposure and Experience” di mana bahan-bahan pembinaan yang digunakan lebih berasaskan kepada penggunaan kayu dari jenis Kayu Keras Berat [Heavy Hard wood (HHW)] agar pembinaan yang dibangunkan lebih harmoni dengan persekitaran semulajadi. Namun begitu, penyelenggaraan yang kerap masih perlu dilakukan agar kemudahan yang disediakan sentiasa dalam keadaan selesa dan selamat

Aktiviti/Perkhidmatan:
Tandas, Pejabat, Kantin, Penginapan, Bangunan Pameran, Ruang Pembelajaran, Air Terjun Lata Kijang setinggi 80m, Gua Semong, Gua Harimau, Gunung Besar Hantu, Habitat Rama-rama Rajah Brooke, Jeram Berungut (tagal kelah), Perkampungan Orang Asli, PerkhemahanUntuk ke sini:Pengunjung boleh menaiki kenderaan sendiri/teksi/bas sehingga ke Pekan Kuala Klawang. Hanya kenderaan 4x4 sahaja yang boleh memasuki kawasan ini

Sebarang Pertanyaan sila hubungi:
Rejabat Renjer Hutan Jelebu
71600 Kuala Klawang,
JelebuTel : 06-6136500