Latar Belakang:
Seluas 4 hektar (10 ekar) di Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah yang terletak di kompartmen 45, Hutan Simpan Angsi bagi merealisasikan hasrat untuk mengumpul dan memelihara semula spesis terancam yang perlu dilindungi dan disamping memperkenalkan ular sawa di mata masyarakat.

Pelan pembangunan yang dirancang adalah diadaptasikan daripada temaā€¯Implementasi Tropika, Adaptasi Alam Semulajadiā€¯. Kawasan yang dipilih mempunyai dirian hutan yang terdiri daripada kayu jaras, pokok kecil dan pokok besar serta terdapat anak sungai yang mengalir yang menggambarkan suasana semulajadi di hutan.

Kewujudan Taman Ular Sawa Ulu Bendul juga diharap dapat menjadikan Hutan Lipur Ulu Bendul sebagai salah satu destinasi eko-pelancongan yang popular di Negeri Sembilan Darul Khusus.


Objektif Penubuhan:

  • Untuk menjadikannya sebagai aset tarikan utama secara integrasi di Hutan Lipur Ulu Bendul kepada pelancong berkunjung ke Negeri Sembilan Darul  Khusus;
  • Untuk mengumpul, memelihara dan melindungi spesis ular sawa seluruh dunia secara in-situ dan ex-situ untuk pemerhatian umum disamping memberi  kesedaran supaya spesis ular sawa tidak pupus;
  • Untuk memberi kesedaran dan pendidikan kepada orang ramai supaya mengasihi dan menyayangi reptilia ini;
  • Untuk menjadi tempat kajian dan penyelidikan ular sawa;
  • Untuk menjadikan sebagai tempat tumpuan pelancong bagi menikmati keindahan alamsemulajadi sebagai habitat fauna terutama ular sawa.


Spesies Ular Sawa
Antara spesies ular sawa yang terdapat disini adalah:-

  1. Colombia Rainbow boa (Epicratus cenchria maurus),
  2. Barazilian Rainbow boa (Epicratus cenchria chenchria)
  3. Green anaconda (Eunectes murinus)
  4. Carpet phyton (Morelia spilota)
  5. Sawa Pendek - Blood python (Python curtus)
  6. Green burmese (Python molurus bivittatus)
  7. Sawa batik (Python reticulatus)