KENYATAAN MEDIA


 MAKLUMBALAS BERKAITAN NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA

TAMAN NEGERI KENABOI

 

Bagi menjawab isu berkaitan Notis Penutupan Taman Negeri Kenaboi yang telah dihebahkan pada 2 September 2020 melalui laman web Jabatan dan laman sosial Facebook serta Instagram Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, pihak jabatan ingin memaklumkan bahawa penutupan sementara Taman Negeri Kenaboi pada tarikh-tarikh yang dinyatakan adalah disebabkan oleh perlaksanaan Program Kem Bina Insan anjuran Kerajaan Negeri yang akan diadakan sebanyak lapan (8) siri bermula September sehingga November 2020.

Penutupan ini hanya melibatkan kawasan tapak perkhemahan, dewan terbuka, serta tempat penginapan yang terletak di dalam Taman Negeri Kenaboi. Ini adalah bagi memastikan kelancaran perlaksanaan Kem Bina Insan tersebut serta bagi mematuhi keperluan SOP semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang masih berkuatkuasa. Walaubagaimanapun aktiviti pendakian, trekking ke Air Terjun Lata Dinding dan Air Terjun Lata Kijang, pendakian Gunung Besar Hantu dan Gunung Kecil Hantu masih dibuka kepada orang ramai dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan.

Jabatan Perhutanan Negeri
Negeri Sembilan Darul Khusus
4 September 2020