Piagam Pelanggan JPN Negeri Sembilan Bagi Tahun 2016

  • Semua permohonan untuk mengeluarkan hasil-hasil hutan atau menjalankan kilang berasaskan kayu akan diproses mengikut prosedur yang ditetapkan.
  • Lesen untuk mengeluarkan hasil hutan akan dikeluarkan dalam tempoh tidak melebihi (6) enam bulan dari tarikh kelulusan diberi, setelah kesemua syarat-syarat kelulusan dipatuhi.
  • Lesen untuk menjalankan kilang berasaskan kayu akan dikeluarkan dalam tempoh masa tidak melebihi (1) bulan dari tarikh siap kilang dibina setelah memenuhi syarat-syarat kelulusan.
  • Keputusan mengenai permohonan melanjutkan tempoh lesen mengeluarkan hasil hutan atau lesen menjalankan kilang berasaskan kayu akan diberi dalam tempoh tidak melebihi (1) bulan dari tarikh permohonan diterima
  • Menghasrgai maklumat serta maklumbalas yang diterima dari orang awam,. Semua aduan kesalahan hutan akan diambil tindakan dalam masa tidak melebihi 3 hari.
  • Memberi perkhidmatan yang sebaik mungkin serta layanan yang mesra setiap masa.