Akauntabiliti 5 bintang

SEREMBAN: Sembilan jabatan dalam kerajaan NS menerima Anugerah Lima Bintang (Tahap Cemerlang) Pengurusan Kewangan Indeks

Akauntabiliti Jabatan Audit Negara bagi tahun 2016

 

Jabatan berkenaan ialah Pejabat Setiausaha Krj NS, Pejabat Kewangan NS, Pejabat Daerah dan Tanah Seremban, Perbadanan Perpustakaan Awam NS, Pejabat Tanah dan Galian NS, Jabatan Perhutanan, Majlis Daerah Jelebu, Majlis Daerah Kuala Pilah dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam NS.

Sempena penganugerahan itu, setiap jabatan menerima sebanyak RM10,000 sebagai sumbangan daripada Kerajaan Negeri yang disampaikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan pada majlis Perhimpunan Pentadbiran Perkhidmatan Awam Kerajaan Negeri Sembilan Bil 1 Tahun 2018.

Pencapaian ini merupakan suatu pengiktirafan ke atas Pengurusan Kewangan Jabatan yang berada pada tahap yang cemerlang dan seharusnya dicontohi oleh semua pihak.

Sehubungan dengan itu, semua jabatan dan agensi di bawah pentadbiran kerajaan NS telah dianugerahkan Sijil Audit Bersih utk Penyata Kewangan masing-masing bagi tahun 2016.