- 2014
- 2013
- 2012
- 2011
- 2010
- 2009
- 2008
- 2007
Laporan Tahunan 2014 Laporan Tahunan 2013 Laporan Tahunan 2012
Perutusan Pengarah JPSM:
Tahun 2012 merupakan tahun ke-111 penubuhan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) yang berperanan penuh memikul tanggungjawab dalam mengurus dan membangunkan sumber hutan di Semenanjung Malaysia. Sehingga kini, JPSM berjaya memastikan kawasan berhutan di Semenanjung Malaysia seluas 5.79 juta hektar atau sebanyak 43.9% daripada keluasan tanah Semenanjung Malaysia. Daripada keluasan tersebut, seluas 4.89 juta hektar adalah kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) yang diwartakan di bawah Akta Perhutanan Negara (APN) 1984 dan selebihnya untuk Hutan Tanah Kerajaan dan Hutan Tanah Milik. Bagi memastikan sumber hutan diurus dengan cekap, maka JPSM terus komited dalam menguruskan sumber hutan secara berkekalan, khasnya kawasan HSK sejajar dengan visi dan misi JPSM.Laporan Tahunan 2011
Perutusan Pengarah JPSM:
Tahun 2011 adalah tahun permulaan bagi Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10). Warga Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) adalah diseru untuk terus melipatgandakan usaha-usaha bagi menjadikan sektor perhutanan di Semenanjung Malaysia terus cemerlang dan menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi negara.Laporan Tahunan 2010
Perutusan Pengarah JPSM:
Tahun 2010 merupakan tahun akhir bagi Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010). Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah menerima peruntukan pembangunan berjumlah RM59.69 juta atau 96.4% telah dibelanjakan untuk melaksanakan projek-projek pembangunan hutan yang dirancangkan selaras dengan keperluan Negara seperti mana yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010).Laporan Tahunan 2009
Perutusan Pengarah JPSM:
Pelbagai aktiviti dan projek telah dijayakan dalam tahun 2009 oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dalam hasratnya untuk mengurus sumber hutan negara secara berkekalan dan menangani isu-isu perhutanan di peringkat nasional dan antarabangsa. Aktiviti dan projek yang telah dilaksanakan adalah sejajar dengan keperluan negara sebagaimana yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010).Laporan Tahunan 2008
Perutusan Pengarah JPSM:
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah memainkan peranan aktif dalam perbincangan mengenai isu-isu perhutanan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa di sepanjang tahun 2008. Di antara isu-isu penting yang dibincangkan termasuklah usahausaha untuk meningkat dan memantapkan aspek-aspek penguatkuasaan hutan bagi membanteras kesalahan hutan, penambahbaikan peruntukan perundangan hutan yang sedia ada dan konservasi kepelbagaian biologi hutan. Kesemua usaha ini memerlukan penyertaan aktif dan komitmen tinggi Jabatan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.Laporan Tahunan 2007
Perutusan Pengarah JPSM:
Dalam era yang semakin mencabar di mana sektor perhutanan mendapat perhatian daripada semua lapisan masyarakat, pelbagai usaha telah dipertingkatkan bagi memastikan segala kepentingan dan faedah hutan terus dinikmati secara optimum. Sehubungan dengan itu, sepanjang tahun 2007, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) mempergiatkan lagi usaha ke arah mencapai matlamat pengurusan hutan secara berkekalan.