KENYATAAN MEDIA |
MAKLUMBALAS BERKAITAN LAPORAN MEDIA TENTANG ISU SAMPAH SARAP DI LATA DINDING |
Merujuk kepada artikel yang telah disiarkan oleh akhbar Metro pada 1 September 2020 (Selasa) berkaitan dakwaan sebanyak 15 kilogram sampah di bawa keluar dari Air Terjun Lata Dinding oleh Pencinta Alam Hikers (PAH). Pihak Jabatan mendapati bahawa sampah tersebut merupakan sampah yang dikutip di sepanjang jalan dari Lata Dinding hingga ke Kem Sungai Kering yang berpunca daripada sikap pengunjung yang tidak bertanggungjawab. Ini adalah disebabkan oleh peningkatan bilangan pengunjung di Taman Negeri Kenaboi sepanjang bulan Ogos iaitu seramai 1,700 orang yang disebabkan oleh cuti umum diikuti cuti hujung minggu yang panjang. Pihak Jabatan menghadapi kekangan kekurangan kakitangan bagi mengawal keseluruhan Taman Negeri Kenaboi yang berkeluasan 9,400 hektar.
Oleh yang demikian Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan memohon kerjasama semua pengunjung Taman Eko Rimba dan Taman Negeri Kenaboi agar memastikan kebersihan dan keselamatan dalam kawasan ekopelancongan menjadi tanggungjawab bersama selaras dengan hasrat kerajaan dalam menangani pandemik Covid 19. |
Jabatan Perhutanan Negeri |
- Utama
- Mengenai JPNS
- Pengenalan
- Pengurusan Tertinggi
- Bahagian/Seksyen
- Struktur Organisasi
- Ketua Pegawai Maklumat (CIO)
- Pegawai Keselamatan Maklumat (ICTSO)
- Majlis Bersama Jabatan
- Pertukaran Kakitangan
- Statistik Perkhidmatan Atas Talian
- Info Perhutanan
- Eko-Pelancongan
- Sumber
- Arkib
- Hubungi Kami