Pendahuluan

Pengurusan hutan yang cekap dan penggunaan sumber asli yang mampan adalah penting dalam mencapai pembangunan lestari dan memastikan kesejahteraan alam sekitar. Hala tuju pengurusan sumber secara mampan memerlukan komitmen semua pihak berkepentingan dan Malaysia di antara negara pengeluar utama kayu tropika sentiasa meningkatkan piawaian ke tahap yang lebih baik. Selain daripada keperluan untuk kestabilan ekonomi, tanggungjawab terhadap alam sekitar dan sosial juga perlu dititik beratkan bagi memastikan matlamat pelaksanaan Sistem Pengurusan Hutan Secara Berkekalan dapat dicapai. Penilaian impak sosial bagi kawasan pengusahasilan dalam HSK adalah perlu dilaksanakan di setiap kawasan pengusahasilan yang telah diluluskan. Ini bagi memastikan pandangan masyarakat yang tinggal berhampiran kawasan pengusahasilan diambilkira dan dipandang berat bagi membantu merancang pengurusan hutan di masa hadapan, selain memastikan pelaksanaan aktiviti pengusahasilan adalah berlandaskan peraturan dan undang-undang semasa yang berkuatkuasa.


Metodologi

Penilaian terhadap maklum balas Borang Penilaian Impak Sosial Kawasan Pengusahasilan dalam HSK di Negeri Sembilan bagi aktiviti sebelum, semasa dan selepas pengusahasilan dilaksanakan bagi tahun 2022.


Penilaian Impak Sosial

Rajah 1:
Peratus (%) responden yang memberi maklumbalas positif terhadap penilaian impak
sosial bagi kawasan pengusahasilan dalam HSK di Negeri Sembilan untuk tahun 2022.




Rajah 2: Peratus (%) responden yang memberi maklumbalas negatif terhadap penilaian impak sosial bagi kawasan pengusahasilan dalam HSK di Negeri Sembilan untuk tahun 2022



Berdasarkan analisa di atas, didapati peratusan maklumbalas positif responden terhadap
aktiviti pengusahasilan adalah
tinggi iaitu di antara julat 58.78% hingga 95.68% berbanding maklumbalas negatif yang lebih rendah iaitu di antara julat 4.56% hingga 41.22%. Walaubagaimanapun, masih terdapat sebahagian kawasan pengusahasilan yang belum dilaksanakan penilaian “semasa” sewaktu analisa ini dilaksanakan, iaitu Kompartmen 77, HS Kenaboi disebabkan tahap kemajuan aktiviti pengusahasilan ketika itu belum mencapai >50%, manakala sebahagian kawasan pengusahasilan juga belum dilaksanakan penilaian “selepas”, memandangkan kawasan tersebut baru sahaja ataupun belum selesai diusahasil.

Perkara ini dilihat seiring dengan penilaian awal Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan (JPNNS),iaitu aktiviti pengusahasilan yang akan dilaksanakan di kesemua kawasan tersebut tidak akanmendatangkan impak negatif yang besar memandangkan lokasi kawasan pengusahasilan yang tidak terlalu dekat dari penempatan penduduk, disamping langkah-langkah mitigasi yang telah diambil kira serta kemudahan asas di kawasan penempatan tersebut seperti bekalan air bersih dan elektrik yang mencukupi, tidak mendatangkan gangguan terhadap kehidupan masyarakat setempat.

Selain itu, aktviti pengusahasilan ini bukan sahaja dapat membuka peluang pekerjaan kepada penduduk yang tinggal berhampiran, juga warung-warung serta kedai runcit berhampiran menerima perbelanjaan bagi mendapatkan keperluan harian daripada pekerja-pekerja syarikat pengusahasilan. Di samping itu, dengan adanya jalan hutan yang dibina dan diselenggara dengan baik, masyarakat setempat terutamanya orang asli mendapat kemudahan laluan darat yang digunakan dalam aktiviti penyaraan hidup, seperti mencari hasil hutan iaitu buah-buahan nadir, tumbuhan ubatan dan lain-lain. Lanjutan itu, amalan Sistem Pengurusan Memilih (
Selective Management System) juga mengehendaki pihak syarikat pengusahasilan agar kawasan usahasil mematuhi peraturan dan undang-undang semasa yang berkuatkuasa seperti yang telah dinasihatkan oleh pihak JPNNS.


Kesimpulan

Secara amnya, amalan pengurusan hutan secara berkekalan dengan berlandaskan perkhidmatan hutan yang menyumbang kepada sosio-ekonomi masyarakat mampu memberi impak positif kepada masyarakat setempat. Komitmen dan intergriti semua pihak dalam memelihara khazanah hutan dapat menjamin kemandirian taraf hidup sejagat di samping menjamin kemampanan sumber kepelbagaian biologi Negara.