Akta Perhutanan Negara
Akta Perhutanan Negara 1984
Kerajaan Negeri Sembilan telah menerimapakai mulai 31hb Julai 1986. Perlaksanaan Akta ini di negeri ini disokong dengan penguatkuasaan peraturan-peraturan yang diperuntukkan di dalam Kaedah-Kaedah Hutan 1989 mengikut Seksyen 111 Akta Perhutanan Negara 1984.
Semenjak penerimaan dan pemakaian akta ini JPNS telah berusaha bersungguh-sungguh pada mentadbir dan mengurus sumber hutan negeri berdasarkan prinsip keberkekalan sumber menurut SFM, sesuai dengan kehendak-kehendak dan peruntukan yang berkaitan di dalam Dasar Perhutanan Negara iaitu dengan memberi penekanan secara menyeluruh dan berintegrasi dalam pengurusan, pemeliharaan dan pembangunan sumber hutan dan sumber biodiversiti di samping pada masa yang sama memenuhi keperluan dan aspirasi negeri dan rakyat tempatan.
Akta Perhutanan Negara 1984 yang telah diluluskan oleh Parlimen pada 19hb Oktober 1984 telah dilaksanakan di Negeri Sembilan mulai 31hb Julai 1986. Akta ini kemudiannya telah dipinda pada tahun 1993 dengan memperuntukkan penalty dan hukuman yang lebih berat terhadap sesuatu kesalahan hutan. Pindaan akta ini telah dibentangkan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan dan kemudiannya diluluskan sebagai Enakmen Perhutanan Negera (Penerimapakai) 1994. Enakmen ini telah diwartakan pada 12hb Mei 1994.
Berdasarkan fakta di atas, ternyata bahawa sebahagian besar daripada kandungan APN 1984 lebih bertumpu kepada pentadbiran dan pengurusan sumber hutan secara berkekalan khususnya yang berhubung dengan pengeluaran pelbagai hasil hutan dan perkhidmatan hutan yang boleh menjana sumber sosio-ekonomi secara mampan.
Dalam konteks ini kesedaran terhadap pengurusan alam sekitar dan perlindungan sumber biodiversiti merupakan suatu agenda baru yang mendapat perhatian semua lapisan masyarakat dewasa ini harus diberikan penekanan sewajarnya sejajar dengan dasar dan perundangan semasa.
Enakmen Industri Berasas Kayu 1986 dan Kaedah-Kaedah Industri Berasas Kayu 1992
Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan (JPNS) turut dipertanggungjawab supaya mengawal, menyelaras dan melesen semua jenis industri berasaskan kayu di negeri ini menggunakan peruntukan undang-undang yang terdapat di dalam Enakmen Industri Berasas Kayu 1986 (EIBK 1986) dan mula digunapakai di Negeri Sembilan pada 12 Mei 1987. Penguatkuasaannya diperkukuhkan lagi dengan adanya Kaedah-Kaedah Industri Berasas Kayu 1992 (Kaedah IBK 1992).
Dasar Perhutanan Negara
Dasar Perhutanan Negara 1978 (pindaan 1992) yang diluluskan oleh Majlis Tanah Negara pada 19hb November 1992 dan diterimapakai oleh Kerajaan Negeri Sembilan dengan mengambil pendekatan yang menyeluruh dalam pengurusan, pemeliharaan dan pembangunan sumber hutan.
Dasar Perhutanan Negara telah menggariskan beberapa matlamat utama seperti berikut:-
- Untuk menguruskan sumber hutan negara secara berkekalan bagi pengeluaran berterusan hasil dan perkhidmatan hutan serta penggunaannya secara optimum bersesuaian dengan keperluan alam sekitar
- Untuk meningkatkan bekalan pengeluaran hasil dan perkhidmatan melalui aktiviti-aktiviti perhutanan bersesuaian yang akan meningkatkan kualiti, produktiviti serta penggunaan sumber hutan
- Untuk terus membangunkan teknologi mantap yang bersesuaian dengan keperluan alam sekitar bagi pemeliharaan, pengurusan dan penggunaan sumber hutan
- Untuk memelihara dan melindungi kepelbagaian hayat hutan, air dan tanah dan penggunaannya secara berkekalan
- Untuk meningkatkan kualiti dan kecekapan kilang-kilang pemprosesan berasaskan keluaran hutan serta menambahkan aktiviti hiliran dengan nilai-nilai yang tinggi
- Untuk memperkukuhkan kesedaran awam berhubung peranan hutan terhadap alam sekitar dan pemeliharaan melalui pembelajaran serta penyebaran maklumat
- Untuk meningkatkan sumbangan sektor perhutanan kepada pendapatan negara, pertukaran wang asing dan peluang-peluang pekerjaan.
Lain - lain Perundangan
Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan (JPNS) sentiasa berganding bahu dan bekerjasama rapat dengan lain-lain agensi/jabatan kerajaan yang berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan sumber alam, tanah dan alam sekeliling.
Diantara akta/undang-undang yang dimaksudkan termasuk:-
- Perlembagaan Malaysia;Dasar Perhutanan Negara, 1978 (Pindaan 1992);
- Dasar Bio-teknologi Negara, 2005;
- Dasar Kepelbagaian Biologi Negara, 1998 (National Policy on Biological Diversity, 1998);
- Akta Perhutanan Negara, 1984 (Pindaan 1993);
- Enakmen Perhutanan Negeri;
- Enakmen Industri Berasas Kayu, 1986;
- Kaedah-Kaedah Industri Berasas Kayu, 1992;
- Ordinan berkaitan dengan perlindungan hidupan liar;
- Peraturan-Peraturan Hutan Negeri;
- Akta Perlindungan Tanah, 1960;
- Kanun Tanah Negara 1965;
- Kanun Keseksaan (FMS Cap. 45), 1948 (Pindaan 1993);
- Kanun Acara Jenayah (FMS Cap. 6), 1903 (Pindaan 1995);
- Akta Keterangan 1950 (Pindaan 1993);
- Akta Prosedur Kewangan 1967 (Pindaan 1993);
- Enakmen Bekalan Air 1935;
- Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (Pindaan 1988);
- Akta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia 1973;
- Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 1995);
- Akta Taman Negara 1980 (Pindaan 1983);
- Akta Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Hutan Malaysia (MFRDB) 1985;
- Enakmen Perlombongan 1928;
- Akta Kerajaan Tempatan 1976;
- Akta Orang Asli, 1954;
- Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994;
- Akta Pekerjaan, 1955
- Akta Taman Negeri;
- Akta Air, 1920.