- 2014
- 2013
- 2012
- 2011
- 2007
- 2006
2014 - Edisi Januari - April
Nota Pengarang:
Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana dengan rahmat dan izinNya di atas kejayaan dan kesungguhan sidang redaksi MAJUTAN yang telah berjaya menerbitkan Buletin MAJUTAN Edisi Januari hingga April 2014. Saya bagi pihak sidang redaksi MAJUTAN ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua warga kerja yang telah menyumbangkan artikel untuk penerbitan edisi kali ini. Buletin MAJUTAN Edisi Januari hingga JPSM April 2014 kembali dengan penyampaian berita dan peristiwa yang penuh berinformasi. Programprogram yang dirancang pada awal tahun 2014 telah berjaya diadakan dengan lancar hasil kerjasama semua warga kerja JPSM yang mana artikel-artikel yang telah terpilih telah dimuatkan dalam MAJUTAN ini untuk dikongsi bersama semua warga JPSM. Akhir kata, izinkan saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan penerbitan ini, tidak lupa juga saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada ahli Jawatankuasa sidang di atas dedikasi dan komitmen yang telah diberikan dalam merancang dan menjayakan penerbitan Majutan Edisi Januari - April 2014 ini. Sekian, terima kasih.
2014 - Edisi Mei - Ogos
Nota Pengarang:
Alhamdulillah, pertamanya saya amat bersyukur kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah dan iradahNya jua dapatlah kita bersua dalam Buletin MAJUTAN Edisi Mei - Ogos tahun 2014. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada kumpulan sidang redaksi dan penyumbang artikel yang sama-sama terlibat di dalam proses penghasilan buletin ini. Justeru itu, Buletin MAJUTAN Edisi Januari hingga April kembali lagi dengan penyampaian berita dan peristiwa yang penuh berinformasi dan boleh dimanfaatkan oleh para pembaca. Program-program yang dirancang telah berjaya diadakan dengan lancar hasil kerjasama semua warga kerja JPSM dan laporan dan artikel yang terpilih telah dimuatkan dalam MAJUTAN ini. Sesungguhnya dengan adanya penerbitan sebegini dapat memberi ruang kepada semua warga lebih proaktif dalam menyumbang artikel terkini untuk dikongsi bersama semua warga JPSM.2013 - Edisi Januari - April
Nota Pengarang:
Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memanjatkan kesyukuran terhadap Ilahi di atas kejayaan dan kesungguhan sidang redaksi yang telah berjaya menerbitkan Buletin MAJUTAN Edisi Januari hingga April 2013. Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua warga kerja JPSM yang telah menyumbang artikel untuk MAJUTAN edisi ini. Buletin MAJUTAN Edisi Januari hingga April 2013 kembali lagi dengan penyampaian berita dan peristiwa yang penuh berinformasi. Melangkah ke tahun baru 2013, warga JPSM telah melafaz ikrar serta dengan azam dan tekad yang baru supaya kita lebih berdaya maju dan proaktif dalam menjalankan tugas yang pastinya akan lebih mencabar. Program- program yang dirancang telah berjaya diadakan dengan lancar hasil kerjasama semua warga kerja JPSM dan ianya telah dimuatkan dalam MAJUTAN ini untuk dikongsi bersama semua warga JPSM.
2013 - Edisi Mei - Ogos
Nota Pengarang:
Alhamdulillah, setinggi-tingi kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya jua dapatlah kita bersua dalam Buletin MAJUTAN Edisi Mei-Ogos tahun 2013. Di kesempatan ini, saya merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada kumpulan sidang redaksi dan penyumbang artikel yang sama-sama terlibat di dalam proses penghasilan buletin ini. Buletin MAJUTAN Edisi Mei hingga Ogos tahun 2013 merupakan terbitan Ke-2 pada tahun ini. Sejajar dengan itu, Buletin MAJUTAN Edisi Mei hingga Ogos kembali lagi dengan penyampaian berita dan peristiwa yang penuh berinformasi. Program- program yang dirancang telah berjaya diadakan dengan lancar hasil kerjasama semua warga kerja JPSM dan ianya telah dimuatkan dalam MAJUTAN ini. Sesunguhnya dengan adanya penerbitan sebegini dapat memberi ruang kepada semua warga lebih proaktif dalam menyumbang artikel terkini untuk dikongsi bersama semua warga JPSM. Harapan saya semoga ianya dapat memberi suntikan semangat baharu kepada semua warga JPSM supaya lebih cemerlang, gemilang di masa akan datang.
2013 - Edisi Sept - Disember
Nota Pengarang:
Masa begitu pantas berlalu dan selamat bertemu kembali dalam keluaran Buletin MAJUTAN Edisi Ke-3. Alhamdulillah saya mengambil kesempatan ini untuk memanjatkan kesyukuran terhadap ilahi di atas kejayaan dan kesungguhan sidang redaksi yang telah berjaya menerbitkan Buletin MAJUTAN Edisi September-Disember 2013 yang merupakan edisi terakhir dan sebagai edisi penutup tirai tahun 2013. Keluaran Buletin MAJUTAN kali ini memaparkan aktiviti-aktiviti utama yang telah dirancang dan dilaksanakn oleh Jabatan di peringkat Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (IPJPSM) dan Jabatan Perhutanan Negeri (JPN). Dengan paparan berita dan artikel yang berinformasi ini diharap ia dapat memberi maklumat kepada semua warga Jabatan terutama mengenai aktiviti-aktiviti perhutanan di Semenanjung Malaysia. Kerjasama dan sokongan padu sepenuhnya oleh warga Jabatan adalah ditagih bagi melayari “Bahtera Hijau” ke arah kejayaan dan kewibawaan Jabatan ini bersama kepimpinan dan komitmen jitu oleh nakhoda yang mengetuai “Bahtera Hijau” ini. Akhir kata, pihak sidang redaksi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menyumbangkan artikel bermanfaat ini dan diharap agar warga Jabatan akan terus menyokong dengan memberi sumbangan artikel dan informasi untuk Buletin MAJUTAN edisi akan datang bagi meningkatkan mutu buletin ini. Akhir kata, selamat membaca dan Sayangi Hutan!2012 - Edisi September - Disember
Nota Pengarang:
MAJUTAN Edisi September – Disember 2012 ini memaparkan peristiwa dan juga aktiviti yang telah dijalankan oleh Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (IPJPSM) dan juga Jabatan-Jabatan Perhutanan Negeri (JPN) sepanjang bulan September hingga Disember 2012. Antara peristiwa menarik yang terdapat dalam buletin edisi ini adalah Sambutan Hari Perhutanan Sedunia, Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Ekspedisi Saintifik Tasik Pergau serta beberapa aktiviti-aktiviti lain. Saya bagi pihak sidang redaksi MAJUTAN, ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penerbitan Buletin MAJUTAN Edisi September – Disember 2012. Semoga pada edisi yang akan datang, warga kerja JPSM dapat menyumbang berita bagi meningkatkan kualiti buletin MAJUTAN yang menjadi wadah penyampaian berita yang berinformasi kepada warga kerja JPSM.2011 - Edisi Julai - Disember
Nota Pengarang:
Di kesempatan ini saya merakamkan ucapan tahniah kepada YBhg. Dato’ Dr. Hj. Abd. Rahman bin Hj. Abd. Rahim di atas perlantikan sebagai Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia mulai 16 Oktober 2011. Majlis Perhimpunan Pagi Bersama YBhg. Dato’ Dr. Hj. Abd. Rahman bin Hj. Abd. Rahim, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia pada 31 Oktober 2011 di Dewan Alwy, Bahagian Latihan Perhutanan pasti masih segar diingatan warga jabatan mengenai kisah pelayaran Bahtera Hijau menuju Tahun 2020 dan saranan ‘TOLAK : CAMPUR : BAHAGI : KALI’ beliau.2007 - Bil 1
Nota Pengarang:
Sepanjang tahun 2007, pelbagai program dan aktiviti telah dijalankan di ibu pejabat Perhutanan dan Institut Penyelidikan Perhutanan Negeri Agensi untuk membuat Terbaik dalam Pengurusan Hutan Tropika Lestari. Antara aktiviti-aktiviti ini adalah untuk menerbitkan Buletin Majutan.2006 - Bil 2
Majlis Sambutan Hari Kualiti 2006 Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia telah diadakan pada 14 November 2006 bertempat di Auditorium FRIM, Kepong. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Suboh bin Mohd Yassin, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.