DASAR KUALITI
Dasar Kualiti Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan ialah:
Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan adalah komited untuk memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dalam Pengurusan Pengeluaran Kayu Bulat Secara Berkekalan Bagi Hutan Darat Asli Di Hutan Simpanan Kekal supaya dapat dilaksanakan mengikut tempoh masa, kaedah dan peraturan-peraturan untuk memenuhi kehendak pelanggan.
Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan percaya perkara ini dapat dicapai melalui penerapan budaya kerja yang memenuhi keperluan MS ISO 9001:2015 pada semua peringkat kakitangan dalam pelaksanaan sistem pengurusan kualiti yang berkesan dengan komitmen yang tinggi dari pengurusan atasan hingga ke peringkat bawahan.
Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan akan mengenalpasti dari semasa ke semasa kelemahan - kelemahan dalam organisasi dan mengambil langkah-langkah penambahbaikan dengan penglibatan semua tenaga kerja untuk menambah baik secara berterusan Sistem Pengurusan Kualiti Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan.
Semua bahagian atau unit akan memantau dan mengkaji prestasi sebenar pelaksanaan objektif-objektif kualiti yang telah ditetapkan di bawah bidang tugas serta tanggungjawab masing-masing dan mengambil tindakan segera apabila prestasi pelaksanaan tidak mencapai objektif-objektif yang telah ditetapkan.
Dasar Kualiti akan disemak dari semasa ke semasa agar ianya sentiasa sesuai.
Dasar kualiti dihebahkan untuk difahami oleh semua anggota organisasi.
OBJEKTIF KUALITI JPN
Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan ialah:
a) | Memastikan pembukaan kawasan untuk pengusahasilan hutan tidak melebihi CTT yang ditetapkan |
b) |
Memastikan aktiviti Penandaan dan Pengesahan Sempadan Kawasan Kerja, Inventori Hutan Sebelum Tebangan (Pre-F), Penandaan Pokok (Tagging), Inventori Hutan Selepas Tebangan (Post-F) dan Rawatan Silvikultur dilaksanakan sekurang-kurangnya 80% daripada matlamat fizikal tahunan yang telah ditetapkan. |
c) |
Memastikan proses pelaksanaan aktiviti Inventori Hutan Sebelum Tebangan (Pre-F), Penandaan Pokok (Tagging), Inventori Hutan Selepas Tebangan (Post-F) dan Rawatan Silvikultur mencapai tahap spesifikasi tidak kurang daripada 90% |
d) | Memastikan Lesen Mengeluarkan Hasil Hutan dikeluarkan dalam tempoh tidak melebihi enam (6) bulan dari tarikh kelulusan diberi, setelah semua syarat kelulusan dipenuhi |
e) |
Memastikan Laporan Penutup Pengusahasilan Hutan disediakan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tamat tempoh lesen atau tarikh permohonan penutupan kawasan lesen daripada pemegang lesen, mengikut mana yang terdahulu |
f) | Memastikan 80% daripada latihan/kursus dalam perancangan tahunan JPN yang berkaitan dengan Sistem Pengurusan Kualiti JPSM dilaksanakan |
g) | Semua aduan pelanggan akan dijawab akuan terima dalam masa tiga (3) hari dari tarikh aduan diterima |
h) | Memastikan semua aduan kerosakan bangunan yang lengkap akan dijawab akuan terima dalam masa lima (5) hari dari tarikh aduan diterima |
i) | Memastikan 80% kenderaan diselenggara mengikut jadual |
k) | Mengemaskini maklumat sumber hutan pada setiap suku tahun |