Majlis Bersama Jabatan
Majlis Bersama Jabatan (MBJ) ialah sebuah medium dua hala, di mana Pihak Pekerja diberi saluran untuk berkomunikasi dengan Pihak Pengurusan dalam menyuarakan pendapat, pandangan serta menyumbang idea-idea yang bernas demi kepentingan dan kebaikan organisasi.
Di peringkat Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, majlis ini dianggotai oleh wakil dari pengurusan yang terdiri dari pihak pegawai dan wakil pihak pekerja yang terdiri dari kumpulan pegawai Gred 40 dan kebawah.
Objektif
MBJ Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan lebih menitikberatkan kepada kepentingan kakitangan Jabatan. Di samping bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak pekerja, ianya juga dijadikan sebagai satu forum perbincangan di antara Pihak Pengurusan dan Pihak Pekerja.
Perkara yang dibincangkan adalah meliputi semua perkara yang berkaitan dengan tempat bekerja kecuali yang menyentuh dasar Kerajaan atau hal-hal peribadi. Walau bagaimanapun, isu berkaitan dasar boleh dibincangkan dengan tujuan menerangkan pelaksanaanya sahaja
Antara perkara-perkara yang dibincangkan di dalam forum meliputi isu perkhidmatan, skim perkhidmatan dan perjawatan, kebajikan, pentadbiran, kewangan, elaun dan kemudahan dan hal-hal lain.
Faedah MBJ
Di antara faedah yang boleh didapati daripada mesyuarat MBJ ialah dapat mewujudkan hubungan dan sikap yang positif antara Pihak Pengurusan dan Pihak Pekerja, kepuasan hati, peningkatan daya pengeluaran, peningkatan kualiti kerja, penjimatan kos, kemajuan pekerja, sikap hormat menghormati, penyelesaian masalah, kesetiaan kepada organisasi dan perpaduan.
Keahlian
Pihak pengurusan adalah dilantik berdasarkan jawatan masing-masing. Keahlian pihak pengurusan adalah seperti berikut :
Keahlian Pihak Pengurusan :
1. | Tn Haji Saleh bin Awaludin | - Pengerusi |
2. | Tn. Haji Hamidi bin Abd Halim | - Wakil Pihak Pegawai |
3. | En. Noradli@Mohd Adli bin Parsada | - Wakil Pihak Pegawai |
4. | Pn. Massuhana binti Mohamed | - Wakil Pihak Pegawai |
5. | En. Mohd Fariz bin Abd Rhani | - Wakil Pihak Pegawai |
6. | Pn. Durratul'Ain binti Ahmed Zainuddin | - Wakil Pihak Pegawai |
7. | En. Norshazlee bin Roslee | - Wakil Pihak Pegawai |
8. | Pn. Siti Rozana binti Mohd Esa | - Setiausaha |
Keahlian Pihak Pekerja Tahun 2020-2021 :
Ahli-ahli bagi Pihak Pekerja hendaklah memegang jawatan selama tempoh dua (2) tahun mulai daripada tarikh pelantikan mereka dan mereka boleh terus memegang jawatan tersebut sehingga ahli-ahli yang mengambil alih telah dilantik/dipilih.
1. |
En. Abd Halim bin Abu |
- Naib Pengerusi - Wakil Ahli Kesatuan Pegawai Hutan Melayu Semenanjung Malaysia (KPHMSM) Cawangan Negeri Sembilan |
2. |
Pn. Zuraida binti Ismail |
- Setiausaha bersama - Wakil Ahli Kesatuan Pegawai Hutan Melayu Semenanjung Malaysia (KPHMSM) Cawangan Negeri Sembilan |
3. |
En. Khalid bin Mustafa |
- Wakil Ahli Kesatuan Pegawai Hutan Melayu Semenanjung Malaysia (KPHMSM) Cawangan Negeri Sembilan |
4. | En. Mohamad Shahril bin Zulkifli | - Wakil Penolong Pemelihara Hutan Gred G32-G40 |
5. | En. Rosman bin Hamzah | - Wakil Penolong Pemelihara Hutan Gred G29 |
6. |
En. Mohd Hafiz bin Zainudin |
- Wakil Penolong Jurutera/Pelukis Pelan Gred JA19-JA20 / Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29-FA32 |
7. | Pn. Marzila binti Mahmood | - Wakil Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) Gred N19-N28 |
8. | Pn. Siti Ruhaiza binti Abdul Aziz | - Wakil Pembntu Tadbir (Kewangan) Gred W19-W28 |
9. | En. Caly Aszman bin Hassan | - Wakil Pengawas Hutan Gred G19-G28 |
10. | En. Mat Jais bin Mat Noor | - Wakil Pengawas Hutan Gred G19-G28 |
11. | Pn. Kanageswary AP Murugan | - Wakil Pembantu Operasi Gred N11-N18 |
12. | En. Zaikharizat bin Bahari | - Wakil Pembantu Awam Gred H11-H18 |
13. | En. Mohd Faizal bin Isderas | - Wakil Pembantu Awam Gred H11-H18 |
14. | En. Bajuri bin Kasman | - Wakil Pembantu Awam Gred H11-H18 |