• No Telefon
  • 06-7659849
Akta Perhutanan Negera

Akta Perhutanan Negara 1984

Kerajaan Negeri Sembilan telah menerimapakai mulai 31hb Julai 1986. Perlaksanaan Akta ini di negeri ini disokong dengan penguatkuasaan peraturan-peraturan yang diperuntukkan di dalam Kaedah-Kaedah Hutan 1989 mengikut Seksyen 111 Akta Perhutanan Negara 1984.

Semenjak penerimaan dan pemakaian akta ini JPNS telah berusaha bersungguh-sungguh pada mentadbir dan mengurus sumber hutan negeri berdasarkan prinsip keberkekalan sumber menurut SFM, sesuai dengan kehendak-kehendak dan peruntukan yang berkaitan di dalam Dasar Perhutanan Negara iaitu dengan memberi penekanan secara menyeluruh dan berintegrasi dalam pengurusan, pemeliharaan dan pembangunan sumber hutan dan sumber biodiversiti di samping pada masa yang sama memenuhi keperluan dan aspirasi negeri dan rakyat tempatan.

Akta Perhutanan Negara 1984 yang telah diluluskan oleh Parlimen pada 19hb Oktober 1984 telah dilaksanakan di Negeri Sembilan mulai 31hb Julai 1986. Akta ini kemudiannya telah dipinda pada tahun 1993 dengan memperuntukkan penalty dan hukuman yang lebih berat terhadap sesuatu kesalahan hutan. Pindaan akta ini telah dibentangkan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan dan kemudiannya diluluskan sebagai Enakmen Perhutanan Negera (Penerimapakai) 1994. Enakmen ini telah diwartakan pada 12hb Mei 1994.

Berdasarkan fakta di atas, ternyata bahawa sebahagian besar daripada kandungan APN 1984 lebih bertumpu kepada pentadbiran dan pengurusan sumber hutan secara berkekalan khususnya yang berhubung dengan pengeluaran pelbagai hasil hutan dan perkhidmatan hutan yang boleh menjana sumber sosio-ekonomi secara mampan.
Dalam konteks ini kesedaran terhadap pengurusan alam sekitar dan perlindungan sumber biodiversiti merupakan suatu agenda baru yang mendapat perhatian semua lapisan masyarakat dewasa ini harus diberikan penekanan sewajarnya sejajar dengan dasar dan perundangan semasa.


Enakmen Industri Berasas Kayu 1986 dan Kaedah-Kaedah Industri Berasas Kayu 1992

Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan (JPNS) turut dipertanggungjawab supaya mengawal, menyelaras dan melesen semua jenis industri berasaskan kayu di negeri ini menggunakan peruntukan undang-undang yang terdapat di dalam Enakmen Industri Berasas Kayu 1986 (EIBK 1986) dan mula digunapakai di Negeri Sembilan pada 12 Mei 1987. Penguatkuasaannya diperkukuhkan lagi dengan adanya Kaedah-Kaedah Industri Berasas Kayu 1992 (Kaedah IBK 1992).

Selamat Datang ke Portal Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan

DDMS
ehrmis freedom

privasi

MyHRMIS Mobile