- No Telefon
- 06-7659849
- Emel
- hutanns[at]ns[dot]gov[dot]my
| Fungsi : - | ||
| 1. | Bertindak sebagai “Focus point” Jabatan di dalam proses penyampaian dan penyaluran maklumat di peringkat jabatan dan negeri; |
|
| 2. | Merancang dan melaksanakan strategi pemerkasaan imej korporat jabatan; |
|
| 3. | Merancang dan menyediakan cadangan belanjawan bagi penganjuran acara “Calender of Event” jabatan dalam sektor ekopelancongan Negeri Sembilan; |
|
| 4. | Menguruskan perhubungan awam dan media dengan merancang strategi media dalam penyebaran maklumat menerusi liputan media/ sidang media, kenyataan akhbar, siaran media dan temu bual khas TV/radio/akhbar, serta program bersama media; |
|
| 5. | Mewujudkan perhubungan kerjasama antara pihak awam, pihak swasta serta rangkaian media melalui strategi penyampaian maklumat perkhidmatan yang berkesan demi mencapai objektif jabatan secara keseluruhan; |
|
| 6. | Menyelaras dan mendokumentasikan bahan maklumat bagi program dan aktiviti serta majlis rasmi jabatan melalui penerbitan bahan cetakan seperti buletin, laporan tahunan, brosur dan liputan bergambar bagi tujuan hebahan; |
|
| 7. | Menyediakan bahan edaran dan rujukan kepada pihak awam dan media serta bahan maklumat bagi setiap dasar, perkhidmatan, peranan, program dan aktiviti serta majlis rasmi jabatan melalui penerbitan; |
|
| 8. | Menyelaras dan menguruskan pelaksanaan aktiviti pameran Jabatan; dan |
|
| 9. | Menyelaras persiapan majlis-majlis jabatan secara logistik serta aturan lawatan bagi tetamu Jabatan dari dalam mahupun luar negeri; |
|