- No Telefon
- 06-7659849
- Emel
- hutanns[at]ns[dot]gov[dot]my
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi, dengan keizinan-Nya, e-buletin MAJUTAN Edisi Julai Disember 2023 dapat disiapkan dan diterbitkan. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Ahli Sidang Redaksi yang telah diberi tanggungjawab serta menunjukkan komitmen sepanjang proses menyiapkan e-buletin ini. Ucapan penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada semua warga JPSM yang turut membantu dalam menyumbangkan pengisian aktiviti sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Penerbitan e-buletin ini adalah penting sebagai salah satu platform bagi perkongsian aktiviti-aktiviti yang dijalankan di peringkat Ibu Pejabat JPSM, JPN dan Persatuan di JPSM. Pada tahun ini, terdapat banyak aktiviti utama telah dijalankan antaranya adalah Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi Sempena Persaraan dan Majlis Apresiasi Pegawai serta Kakitangan Jabatan Perhutanan, Program Kesedaran Terhadap Pemeliharaan Hutan, Latihan Ala Tentera (LAT) di Institut Latihan Perhutanan serta aktiviti-aktiviti lain.
Akhir kata sekali lagi, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak kerana telah berjaya melaksanakan aktiviti yang telah dirancang dengan jayanya selaras dengan visi serta misi jabatan untuk menjadi sebuah agensi yang terunggul sehingga ke peringkat antarabangsa.
Sekian, terima kasih.