• Emel
  • webjpnns[at]forestry.gov.my
Previous Next

PANTAI CERMIN, PORT DICKSON
16 Mei 2024

Seramai hampir 80 orang peserta yg terdiri daripada pelajar KPM Beranang, peserta Program Jelajah Perpaduan Kayuhan Hijau, Majlis Perbandaran Port Dickson dan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan telah menyertai program penanaman pokok yang diadakan di Pantai Cermin, Port Dickson.
 
Program Jelajah Perpaduan Kayuhan Hijau ini merupakan program anjuran Kerajaan Negeri Perlis melalui Jabatan Perhutanan Negeri Perlis bersama Pertubuhan Nadi Sihat. Kayuhan mereka telah bermula dari Tanjung Piai pada 14 Mei 2024 menuju ke Batu Pahat, ke Ayer Keroh dan seturusnya ke Port Dickson. Jelajah ini akan diteruskan sehingga berakhir di Kangar Perlis.
Sebanyak 30 batang pokok Gajus (Anacardium occidentale) serta 20 batang pokok Rhu (Casuarina equisetifolia) telah ditanam bersempena program ini.
Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Tn Hj. Hamidi bin Abdul Halim, Pengarah Perhutanan Negeri Sembilan, Timbalan Presiden Pertubuhan Nadi Sihat, En Abdul Rashid bin Abdullah, Pn Nurrul Aini binti Janah wakil Majlis Perbandaran Port Dickson serta En. Fadhlan bin Aris, Pensyarah KPM Beranang.
Previous Next
 
15 - 16 Mei 2024
PD Forest Sg. Menyala, Port Dickson

Kursus Pemantapan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2015 Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan telah berjaya dilaksanakan dgn lancar selama dua hari.
Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan sentiasa komited dalam memastikan semua keperluan standard MS ISO 9001:2015 dapat dipenuhi sebaiknya dgn penglibatan dan kerjasama semua pihak dari peringkat Pengurusan Profesional hingga ke peringkat Sokongan.
 
Tahniah kepada semua pihak yang terlibat!!!
Bersama kita ke arah Ketakakuran Sifar "0 NCR"
 
Previous Next
Sorotan kemeriahan program pendakian Gunung Angsi sempena Hari Wanita Antarabangsa 2024 anjuran Persatuan Malim Gunung Perhutanan Negeri Sembilan.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta. Wanita dijulang negara gemilang!

Gambar Sumber : FB Persatuan Malim Gunung Perhutanan Negeri Sembilan
Previous Next
Sorotan Gambar sepanjang Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan
7 Mei 2024
Majlis diadakan di Pejabat Pembangunan Hutan Mantin, Negeri Sembilan
Ribuan terima kasih di atas kehadiran YAB Dato’ Seri Utama Hj. Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan; YB Dato’ Mohd Zafir bin Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan; YBhg. Dato’ Muhamad Nahar bin Hj Mohd Sidek, Pengarah UPEN Negeri Sembilan serta YB Dato’ Muzalmah binti Mustapha Kamal, Penasihat Undang-Undang Negeri, Negeri Sembilan.
Terima Kasih juga pada ketua-ketua jabatan yg sudi meluangkan masa hadir ke majlis kami ini.
Previous Next

Kunjungan oleh YBhg. Dato' Samsu Anuar bin Nawi, Ketua Seksyen (Perancangan Mikro Dan Makro), Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia berserta Pegawai Pengiring Ke Tapak Projek Taman Eko Rimba Gunung Datuk bagi tujuan Pemantauan Kemajuan Fizikal Projek