Setinggi Ucapan Terima Kasih dan Selamat Maju Jaya diucapkan kepada Pn. Nur Ainina Khairunnisa binti Othman - Penolong Pengarah Taman Negeri atas pertukaran ke IBU PEJABAT, JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA. Terima kasih atas segala jasa dan sumbangan yang diberikan kepada Jabatan dan Kerajaan Negeri Sembilan bermula 1 Ogos 2019 - 24 Oktober 2024. Semoga Pn. Nur Ainina Khairunnisa kekal berkhidmat dengan cemerlang dan terbilang di tempat baharu dan semoga ukhwah yang terjalin akan terus kekal ke akhir hayat Insya Allah.
Setinggi Ucapan Tahniah, Terima Kasih dan Selamat Maju Jaya diucapkan kepada Pn. Durrutul'Ain binti Ahmed Zainuddin - Pegawai Hutan Daerah Negeri Sembilan Timur atas kenaikan pangkat kepada G44 dan pertukaran ke IBU PEJABAT, JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA. Terima kasih atas segala jasa dan sumbangan yang diberikan kepada Jabatan dan Kerajaan Negeri Sembilan bermula 1 Februari 2020 - 24 Oktober 2024. Semoga Pn. Durrutul'Ain kekal berkhidmat dengan cemerlang dan terbilang di tempat baharu dan semoga ukhwah yang terjalin akan terus kekal ke akhir hayat Insya Allah.
Setinggi Ucapan Terima Kasih dan Selamat Maju Jaya diucapkan kepada En. Bahren Zuhaily bin Abdul Rahim - Penolong Pengarah (Perancangan dan Pensijilan) atas pertukaran ke JABATAN PERHUTANAN NEGERI PAHANG. Terima kasih atas segala jasa dan sumbangan yang diberikan kepada Jabatan dan Kerajaan Negeri Sembilan bermula 1 Oktober 2021-15 Oktober 2024. Semoga En. Bahren Zuhaily kekal berkhidmat dengan cemerlang dan terbilang di tempat baharu dan semoga ukhwah yang terjalin akan terus kekal ke akhir hayat Insya Allah.
Setinggi Ucapan Terima Kasih dan Selamat Maju Jaya diucapkan kepada Pn. Rafizah binti Minhat - Penolong Pengarah (Latihan dan Pengembangan) atas pertukaran ke IBU PEJABAT, JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA. Terima kasih atas segala jasa dan sumbangan yang diberikan kepada Jabatan dan Kerajaan Negeri Sembilan bermula 3 September 2018 -15 Oktober 2024. Semoga Pn. Rafizah kekal berkhidmat dengan cemerlang dan terbilang di tempat baharu dan semoga ukhwah yang terjalin akan terus kekal ke akhir hayat Insya Allah.
JELEBU, 7 NOVEMBER 2023
Persidangan Pengarah-Pengarah Perhutanan Negeri Semenanjung Malaysia Ke-42 telah bersetuju bahawa Pasukan Semut Merah yang berperanan bagi memadam kebakaran hutan, diperluaskan peranannya sebagai Pasukan Penyelamat Perhutanan dengan mengambil kira keperluan latihan serta peningkatan kepakaran. Susulan itu, Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan telah mengambil beberapa inisiatif bagi pemilihan calon-calon baru yang layak serta kompeten untuk menjalankan tanggungjawab sebagai Pasukan Penyelamat, Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan. Kakitangan Jabatan yang tercalon telah diuji dari sudut pemantapan fizikal dan jasmani dengan pelaksanaan Ujian Kecergasan Jasmani Kesihatan (UKJK) pada 12 dan 13 September 2023 yang lalu bertempat di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES), Paroi dengan kerjasama Jurulatih Bertauliah dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.
Jabatan telah merangka beberapa siri modul bagi memantapkan kemahiran juga memastikan Pasukan Penyelamat Perhutanan Negeri Sembilan mampu menjadi barisan hadapan serta seiring bersama Pasukan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan bagi aktiviti-aktiviti penyelamatan di dalam Hutan Simpanan Kekal, Negeri Sembilan. Kursus Pemantapan Penyelamatan dan Penilaian Risiko telah diadakan pada 7 hingga 10 November 2023 di Taman Negeri Kenaboi melibatkan 27 orang peserta. Antara modul yg diajar ialah Navigasi Menyelamat, Ikatan & Simpulan Tali Penyelamatan, EMRS, Penyelamatan di Air, Penilaian Risiko & Pelan Tindakan Kecemasan serta Teori Memadam Kebakaran. Selain itu, peserta kursus juga turut didedahkan dengan simulasi keadaan sebenar sesuatu aktiviti penyelamatan itu dilaksanakan. Pihak jabatan telah mendapat kerjasama penuh dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan sebagai barisan tenaga pengajar dan fasilitator.
”Saya berharap agar ilmu yang diperolehi melalui kursus ini dapat dimanfaat dan diaplikasikan sepenuhnya oleh para peserta Pasukan Penyelamat Jabatan serta dapat digunapakai dalam urusan tugasan hakiki juga urusan seharian”, ucap Encik Ismail Ali bin Kamarudeen, Pegawai Hutan Daerah Negeri Sembilan Utara semasa merasmikan ucapan penutup kursus mewakili Timbalan Pengarah (Pembangunan), Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan.
Disediakan oleh : Norita binti Sutahar
Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan