• No Telefon
  • 06-7659849
Previous Next
12 Januari 2024 & 16 Februari 2024
 
Sesi Pembelajaran “Jom Belajar Pokok” telah diadakan di Taman Eko- Rimba Ulu Bendul, Kuala Pilah bagi Sesi 1/2024 & Sesi 2/2024. Kelas Dendrologi ini berkonsepkan pembelajaran terbuka kepada semua Warga Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan yang berminat untuk mempelajari teknik-teknik pengecaman pokok melalui ciri-ciri fizikalnya.
Antara spesies yang dipelajari bagi sesi 1 adalah daripada Kaum Dipterokarp seperti Meranti Kepong, Meranti Sarang Punai, Meranti Paang, Meranti Rambai Daun dan juga Pokok Kebangsaan Malaysia iaitu Merbau.
Sesi 2 pula lebih fokus kepada pokok daripada kaum Non-Dipterokarp yang mengeluarkan getah berwarna putih seperti Pokok Nyatoh Nangka Kuning, Keledang, Terap, Ara Kelepong dan beberapa spesies lain termasuk juga spesies pokok yang jarang ditemui di Negeri lain dan hanya boleh didapati di Negeri Sembilan iaitu Pokok Lempata.

Selamat Datang ke Portal Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan

DDMS
ehrmis freedom

privasi

MyHRMIS Mobile