• No Telefon
  • 06-7659849

Jabatan Perhutanan Negeri, Negeri Sembilan adalah Jabatan yang bertanggungjawab dalam menguruskan khazanah hutan Negeri Sembilan untuk keberhasilan yang optimum dalam masa yang sama dapat memelihara kepelbagian biologi hutan. Pengurusan utama adalah melibatkan pengusahasilan hutan secara impak rendah ataupun ‘Reduce Impact Logging (RIL)’. Pengusahasilan kawasan hutan merangkumi aktiviti pembalakan di kawasan hutan pengeluaran dalam Hutan Simpanan Kekal, Tanah Kerajaan dan juga Tanah Beri Milik. Pengeluaran lesen pengusahasilan merupakan petunjuk prestasi ataupun produktiviti Jabatan dalam memenuhi keperluan pelanggan dan Kerajaan Negeri. Dalam tahun 2020, sejumlah 10 lesen telah dikeluarkan meliputi kawasan seluas 1,124.49 hektar tidak melebihi sasaran pengeluaran sebanyak 2,397 hektar setahun. Produktiviti dan kecekapan pengurusan Jabatan dalam pengusahasilan adalah sebanyak 1,124.49 hektar ataupun 47 peratus.

 

Pada tahun 2021 proses perlesenan adalah sebanyak 5 lesen iaitu seluas 559.46 hektar sehingga bulan September. Pencapaian produktiviti adalah sebanyak 28 peratus jika dibandingkan dengan sasaran Catuan Tebangan Tahunan sebanyak 2,000 hektar setahun.

Selamat Datang ke Portal Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan

DDMS
ehrmis freedom

privasi

MyHRMIS Mobile