• No Telefon
  • 06-7659849

Majlis Bersama Jabatan

Majlis Bersama Jabatan (MBJ) ialah sebuah medium dua hala, di mana Pihak Pekerja diberi saluran untuk berkomunikasi dengan Pihak Pengurusan dalam menyuarakan pendapat, pandangan serta menyumbang idea-idea yang bernas demi kepentingan dan kebaikan organisasi.

Di peringkat Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, majlis ini dianggotai oleh wakil dari pengurusan yang terdiri dari pihak pegawai dan wakil pihak pekerja yang terdiri dari kumpulan pegawai Gred 40 dan kebawah.

Objektif

MBJ Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan lebih menitikberatkan kepada kepentingan kakitangan Jabatan. Di samping bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak pekerja, ianya juga dijadikan sebagai satu forum perbincangan di antara Pihak Pengurusan dan Pihak Pekerja.

Perkara yang dibincangkan adalah meliputi semua perkara yang berkaitan dengan tempat bekerja kecuali yang menyentuh dasar Kerajaan atau hal-hal peribadi. Walau bagaimanapun, isu berkaitan dasar boleh dibincangkan dengan tujuan menerangkan pelaksanaanya sahaja

Antara perkara-perkara yang dibincangkan di dalam forum meliputi isu perkhidmatan, skim perkhidmatan dan perjawatan, kebajikan, pentadbiran, kewangan, elaun dan kemudahan dan hal-hal lain.

Faedah MBJ

Di antara faedah yang boleh didapati daripada mesyuarat MBJ ialah dapat mewujudkan hubungan dan sikap yang positif antara Pihak Pengurusan dan Pihak Pekerja, kepuasan hati, peningkatan daya pengeluaran, peningkatan kualiti kerja, penjimatan kos, kemajuan pekerja, sikap hormat menghormati, penyelesaian masalah, kesetiaan kepada organisasi dan perpaduan.

Keahlian

Pihak pengurusan adalah dilantik berdasarkan jawatan masing-masing. Keahlian pihak pengurusan adalah seperti berikut :

Keahlian Pihak Pengurusan : 

1. Tn Haji Hamidi bin Abd Halim - Pengerusi
2. En. Mohd Rizal bin Sabran - Wakil Pihak Pegawai
3. Tn. Hj. Norddin bin Noor - Wakil Pihak Pegawai
4. En. Nuazri bin Sedik - Wakil Pihak Pegawai
5.  En. Ir. Allim bin Abdullah - Wakil Pihak Pegawai
4. Pn. Natasya Sarwani binti Mohamad Nasir         - Wakil Pihak Pegawai
5. En. Ismail Ali bin Kamarudeen - Wakil Pihak Pegawai
6. Pn. Durratul'Ain binti Ahmed Zainuddin - Wakil Pihak Pegawai
7. Pn. Umikalsum binti Nan - Wakil Pihak Pegawai
8. Pn. Rosmaliza binti Rosle - Setiausaha


Keahlian Pihak Pekerja Tahun 2023-2024 :

Ahli-ahli bagi Pihak Pekerja hendaklah memegang jawatan selama tempoh dua (2) tahun mulai daripada tarikh pelantikan mereka dan mereka boleh terus memegang jawatan tersebut sehingga ahli-ahli yang mengambil alih telah dilantik/dipilih.
 

1.


En. Caly Aszman bin Hassan


- Pengerusi Pihak Pekerja
- Wakil Ahli Kesatuan Pegawai Hutan Melayu Semenanjung Malaysia 
  (KPHMSM) Cawangan Negeri Sembilan
2.


Pn. Zuraida binti Ismail


- Setiausaha Bersama
- Wakil Ahli Kesatuan Pegawai Hutan Melayu Semenanjung Malaysia  
  (KPHMSM) Cawangan Negeri Sembilan
3. 

En. Kamarul Zainie bin Abdul Manan        

- Wakil Ahli Kesatuan Pegawai Hutan Melayu Semenanjung Malaysia
  (KPHMSM) Cawangan Negeri Sembilan
4.  Pn. Noor Izianti binti Ishak - Wakil Penolong Pemelihara Hutan Gred G32-G40
6. En. Mohd Fadli bin Abd. Hamid - Wakil Penolong Pemelihara Hutan Gred G29
6.

En. Mohd Hafiz bin Zainudin

- Wakil Penolong Jurutera/Pelukis Pelan Gred JA19-JA20 / Penolong
  Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29-FA32
7. Pn. Mazlin binti Amran - Wakil Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) Gred N19-N28
8. Cik Nur Nadzirah binti Ramli - Wakil Pembntu Tadbir (Kewangan) Gred W19-W28
9. En. Mohd Radzi bin Md Noor - Wakil Pengawas Hutan Gred G19-G28
10. En. Norazman bin Abdul Manap - Wakil Pengawas Hutan Gred G19-G28
11. En. Rosmaidi bin Mainudin - Wakil Pembantu Operasi Gred N11-N18
12. En. Zaikharizat bin Bahari - Wakil Pembantu Awam Gred H11-H18
13. En. Mohd Faizal bin Isderas - Wakil Pembantu Awam Gred H11-H18
14. En. Jamal bin Ramli  - Wakil Pembantu Awam Gred H11-H18

 

Selamat Datang ke Portal Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan

DDMS
ehrmis freedom

privasi

MyHRMIS Mobile