• No Telefon
  • 06-7659849

Industri berasaskan kayu telah memainkan peranan yang penting dalam sektor perindustrian di Negeri Sembilan serta telah banyak menyumbang kepada pembangunan sosio – ekonomi negeri. Industri berasaskan kayu ini merupakan antara penyumbang nilai eksport negara di samping menyediakan banyak peluang pekerjaan. Pelesenan dan kawalan perjalanan industri ini adalah terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Namun ianya masih tertakluk kepada garis panduan dan dasar yang dibuat di peringkat persekutuan.


Justeru, Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan sentiasa mengemaskini dan melaksanakan perancangan Pelan Induk Perindustrian (Industrial Master Plan (IMP)) semasa khususnya yang berkaitan dengan industri berasaskan hasil hutan bagi mengawal keseimbangan yang rasional berdasarkan kepada kapasiti keupayaan industri pemprosesan dengan bekalan sumber hutan yang ditawarkan.

Selamat Datang ke Portal Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan

DDMS
ehrmis freedom

privasi

MyHRMIS Mobile