Fakta Menarik Tentang Taman Eko-Rimba Serting Ulu
- Terletak di Hutan Simpan Serting
- Dibangunkan pada tahun 1986. Hutan
- Merupakan hutan Dipterokarp Pamah yang kaya dengan pelbagai jenis flora dan fauna serta batu-batan yang menyusuri denai hutan dan sungai Serting menjadi tarikan pengunjung menjalankan aktiviti rekreasi disini.
Tahukah Anda
- Kisah mitos Taman Eko-Rimba Serting Ulu dikaitkan dengan Batin Serting yang membuat penempatan awal di kampung Serting Ulu.Peninggalannya adalah seperti dusun durian dan beberapa tempat untuk buang bisa.
- Dipercayai kawasan ini juga merupakan lokasi persembunyian komunis pada suatu ketika dahulu. Hasil penjajahan ini terdapat beberapa peninggalan seperti gua atau terowong yang menjadi tempat persembunyian komunis, padang kawad dan kesan peluru pada pokok-pokok akibat serangan balas yang dilakukan oleh pihak British
Kemudahan:
Tapak perkhemahan
Tempat memasak
Kolam mandi
Wakaf
Parking
Aktiviti:
- Treking di Denai hutan
- Treking ke Terowong komunis
- Berkelah
- Berkhemah
Spesies Menarik
Tupai Kerawak (Ratufa Bicolor)Lokasi
Terletak 2 km dari Pekan Simpang Pertang melalui Jalanraya dari Bandar Baru Serting ke Bahau, 30 km dari Pekan Kuala Pilah dan 72 km dari Bandar Seremban.
Bagaimana hendak kesana:
Untuk sampai ke Taman Eko-Rimba ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Bandar Baru Serting.
Alamat
Pejabat Hutan Daerah Negeri Sembilan Utara,
71600, Kuala Klawang Jelebu, Negeri Sembilan.
Tel/Faxs: 06-6136500
e-mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Koordinat: 2.912726, 102.252745