السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ dan Salam Sejatera.
Bersyukur saya ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah rahmat kurnia-Nya Laman Web Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan telah dapat dikemaskini bagi memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh MAMPU. Berpegang kepada Misi, Wawasan dan Objektif, Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan amat memandang serius untuk mengurus secara berkekalan selaras dengan Pensijilan Hutan (Hutan Asli) mengikut Malaysia Criteria and Indicator (Hutan Asli) bagi membolehkan masyarakat menikmati faedah dan menghayati kekayaan sumber alam sekitar secara berterusan.
Menerusi paparan maklumat dan berita semasa yang sentiasa dikemaskini dalam laman web, Jabatan Perhutanan berharap masyarakat boleh mengambil pelbagai ilmu untuk diadaptasikan dalam kehidupan selari dengan kemampanan hutan untuk memastikan alam sekitar terpelihara. . Pelbagai perkhidmatan akan terus disumbangkan dan ditambahbaik nilai-nilai yang ada agar masyarakat berpuashati untuk menjadikan hutan sebagai satu yang sinonim dalam kehidupan. Konsep menyayangi hutan wajar dikembangkan melalui program kemasyarakatan bagi memupuk sikap mementingkan alam sekitar dan menghargai keindahan alam. Pendek kata, Jabatan telus dan serius dalam menjamin warisan hijau terus menghijau, masyarakat sihat dan bumi sejagat terus indah.
Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan ini bagi merakamkan jutaan terima kasih kepada semua lapisan masyarakat serta kakitangan Jabatan yang semakin perihatin dan begitu komited untuk melihat hutan diurus secara lestari tanpa mengabaikan kepada kepentingan masyarakat. Saya yakin sektor perhutanan akan terus relevan dan dapat diangkat darjatnya untuk kepentingan negara Malaysia tercinta.
Sekian.
TN. HJ. HAMIDI BIN ABD HALIM
Pengarah Perhutanan Negeri
Jabatan Perhutanan Negeri
Negeri Sembilan Darul Khusus
Pengarah Perhutanan Negeri
Jabatan Perhutanan Negeri
Negeri Sembilan Darul Khusus