Di Negeri Sembilan, Taman Eko-Rimba memainkan peranan yang penting di dalam sektor eko-pelancongan sejajar dengan tahap pembangunan negara dan peningkatan taraf hidup rakyat. Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan telah dapat merancang, menubuh dan menyelenggara kawasan Taman Eko-Rimba yang mampan di dalam menyediakan kemudahan riadah dan rekreasi bagi memenuhi keperluan penduduk setempat dan masyarakat dunia amnya.
Perkembangan kemudahan di Taman Eko-Rimba telah dapat menarik pengunjung tempatan dan luar negara disamping memajukan industri yang berkaitan dengan eko-pelancongan dan menjadikan Taman Eko-Rimba sebagai satu tarikan yang menarik kepada pelancong dalam negara dan luar negara umumnya.
Selaras dengan hasrat Kerajaan untuk memajukan sektor pelancongan di negara ini, pihak Jabatan Perhutanan Negeri juga telah membangunkan sebanyak 12 unit kawasan Taman Eko-Rimba. Setiap Taman Eko-Rimba ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dan ia dijangka dapat menarik pengunjung ke tempat tersebut dalam satu-satu masa.
Taman Eko-Rimba di Negeri Sembilan: