• No Telefon
  • 06-7659849

Hutan Pemeliharaan Nilai Tinggi (High Conservation Value Forest: HCVF) adalah konsep yang didefinasikan oleh Forest Stewardship Council (FSC) pada tahun 1999 untuk digunakan dalam pensijilan pengurusan hutan. Hutan yang mempunyai nilai pemeliharaan yang tinggi (HCVF) merupakan hutan yang memiliki satu atau lebih ciri-ciri nilai pemeliharaan tinggi (HCVs).

 

Pihak Forest Stewardship Council (FSC) mentakrifkan HCVF sebagai kawasan hutan yang mengandungi nilai-nilai berikut:-

 

  1. Kawasan hutan yang mengandungi tahap nilai biodiversiti yang signifikans pada peringkat global, serantau dan nasional (misalnya endemisme, spesies terancam, refugia)
  2. Kawasan hutan pada skala landskap yang besar yang terkandung di dalam FMU atau meliputi FMU itu sendiri, di mana populasi yang berdaya maju (viable) dari kebanyakan, jika tidak kesemua spesies yang hidup secara semulajadi di dapati wujud dalam pola taburan dan kehidupan asalnya
  3. Kawasan hutan yang berada di dalam atau mengandungi ekosistem yang nadir, terancam atau berkeadaan bahaya
  4. Kawasan hutan yang menyediakan perkhidmatan asas alam semulajadi dalam situasi kritikal (misalnya: perlindungan tadahan air, kawalan banjir)
  5. Kawasan hutan yang penting dalam membekalkan keperluan asasi komuniti tempatan (contohnya sara hidup, kesihatan)
  6. Kawasan hutan yang bersifat kritikal kepada identiti budaya tradisi komuniti tempatan (kawasan yang dikenalpasti dengan kerjasama komuniti berkenaan sebagai mempunyai signifikans budaya, ekologi, ekonomi atau keagamaan kepada mereka)


Pihak Malaysian Timber Certification Council (MTCC) telah menerimapakai definasi HCVF di atas dalam proses menggubal standard MC&I (Hutan Asli) untuk proses pensijilan perhutanan di Malaysia. Perkara ini diambil maklum oleh JPNNS dan tindakan bersesuaian akan diambil di dalam Rancangan Pengurusan Hutan (2006 – 2015) ini bagi merumuskan pelan tindakan bagi menguruskan sumber-sumber hutan ini terutamanya kawasan yang mengandungi tahap endemisme yang tinggi dan ekosistem yang unik.

 

Dalam masa ini JPNNS mengambil langkah positif dalam merangka pelan tindakan dalam bentuk garispanduan dan pemantauan yang bersesuaian yang wajib diambilkira bagi menjadikan HCVF lebih berfungsi di mana kewujudannya akan memberi lebih banyak faedah kepada pembangunan negeri, negara dan sosio-ekonomi.

 

Pihak JPNNS telah mengenalpasti dua kawasan HSK di Negeri Sembilan sebagai kawasan HCVF, iaitu Hutan Simpan Sg. Menyala dan Kompartmen 4 Hutan Simpan Setul. Kedua-dua kawasan ini dikenalpasti oleh pihak JPNNS berlandaskan kepentingan nasional. Kawasan-kawasan HCVF Hutan Simpan Sungai Menyala mengandungi dirian Hutan Dipterokarpa Pamah (Lowland Dipterocarp Forest) yang kaya dan Kompartment 4 Hutan Simpan Setul terdapat spesies pokok endemik dan nadir iaitu Vatica yeechogii (Resak).


Prosedur/Protokol Penilaian HCVF (HCVF Screening Protocol/Prosedure)

Pengenalpastian, penubuhan dan pengurusan kawasan HCVF akan mengikuti langkah-langkah asas berikut:

  1. Pengenalpastian dan penilaian kawasan HCVF adalah berdasarkan data/ pemerhatian/maklumat lapangan yang diperolehi melalui :
    1. Inventori Hutan Sebelum Tebangan (Pre-F)
    2. Percakapan komuniti setempat (word of mouth by local communities)
    3. Pengalaman staf JPNNS atau pihak berkepentingan lainnya (other stakeholders)
    4. Nasihat pakar daripada organisasi/agensi/institusi (con: Malaysian Nature Society:MNS, Forest Research Institute of Malaysia:FRIM, World Wildlife Fund:WWF dan sebagainya)
    5. Laporan-laporan yang diterbit/tidak diterbitkan
  2. Maklumat dan data-data berkaitan spesies dan landskap unik yang berpotensi dikenalpasti sebagai HCVF akan disimpan dalam pangkalan data JPNNS
  3. Pasukan khas akan dihantar untuk menyiasat kawasan-kawasan berpotensi HCVF di lapangan. Pasukan tersebut akan mengumpul maklumat, mengutip sampel dan merakam gambar-gambar berkaitan dan membuat pelaporan kepada JPNNS ke atas sebarang penemuan
  4. JPNNS akan mengaturkan sesi perbincangan (consultation) dengan pihak-pihak berkepentingan yang sesuai bagi memperjelaskan tentang attribute HCVF untuk dipertimbangkan dan diterima
  5. JPNNS akan berhubungan dengan JPSM dan FRIM atau lain-lain agensi bagi memasti/menentukan status pemuliharaan kawasan HCVF
  6. JPNNS akan mengeluarkan arahan-arahan bertulis yang bersesuaian kepada pemegang konsesi pembalakan, pihak-pihak berkepentingan dan pihak-pihak yang terjejas, berkaitan:
    1. Mengeluarkan kawasan-kawasan HCVF terlibat daripada mana-mana pembangunan/ekplotasi masa depan (contoh: kawasan pertumbuhan spesies endemik; kawasan kepentingan kebuyaan, keagamaan)
    2. Mengkhaskan keluasan kawasan yang sesuai untuk pemuliharaan dan menanda sempadan di lapangan
    3. Membentuk strategi untuk pemuliharaan, perlindungan dan penggunaan spesies dan habitat
    4. Di mana perlu, menlaksanakan inventori lengkap ke atas sumber-sumber HCVF dan mendokumenkan keputusan yang diperolehi

 

KAWASAN HCVF DI JABATAN PERHUTANAN NEGERI SEMBILAN:

1. Kompartmen 4 Hutan Simpan Setul

2. Hutan Simpan Sungai Menyala

3. Kompartmen 31, HS Gunung Tampin

Selamat Datang ke Portal Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan

DDMS
ehrmis freedom

privasi

MyHRMIS Mobile