Fakta Menarik Tentang Taman Eko-Rimba Batu Maloi
- Terletak di Hutan Simpan Gunung Tampin yang terdiri daripada hutan Dipterokarp Pamah.
- Susunan bongkahan batu-batan yang besar sepanjang 1km membentuk terowong seakan-akan gua dan sungai yang mengalir di bawah batu-batu ini.
- Merupakan kawasan lembah di antara pertengah ndua puncak iaitu Gunung Tampin dan Gunung Datuk
Tahukah Anda
- Taman Eko-Rimba ini dikaitkan dengan mitos mengenai nama seorang pawang Maloi yang duduk di atas batu besar yang terdapat di gua tersebut.
- Pada tahun 1940-an, terdapat perkampungan orang asli di dalam hutan ini yang hidup secara nomad dan berpindah setiap kali berlaku kematian. Kampung orang asli tersebut dipanggil Kampung Tangai. Walau bagaimanapun, berlaku serangan harimau kumbang ke atas haiwan peliharaan dan mereka kemudiannya di arahkan berpindah ke Gemencheh.
- Pada asalnya, gua tersebut hanyalah menjadi tempat persinggahan pemancing dari kalangan orang kampung. Bermula tahun 1993, Gua tersebut telah ditemui oleh sebuah persatuan Hospital Kuala Pilah.
Kemudahan
- Tandas
- Surau
- Tapak perkhemahan
- Wakaf
- Kaunter tiket
- Dewan makan
- Tempat letak kenderaan
- Dewan terbuka
- Tempat memasak
Aktiviti
- Meneroka Gua Batu Maloi
- Mendaki gunung
- Memerhati hidupan liar
- Memerhati burung
- Berkhemah
- Berkelah
Lokasi
Terletak 68 km dari Bandar Seremban melalui jalanraya dari Bandar Seremban atau 8 km dari Pekan Johol
Bagaimana hendak kesana
Pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Pekan Johol.
Alamat
Pejabat Hutan Daerah Negeri Sembilan Timur,
Kompleks Pentadbiran Daerah Kuala Pilah,
72000 Kuala Pilah,
Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel/Faks: 06-4811036/06-4842171
e-mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Koordinat: >2.536637 102.218639