Mengikut Akta Perhutanan Negara 1984 ( Pindaan 1993)
Denda maksima RM 500,000 dan dipenjarakan tidak kurang dari 1 tahun dan tidak melebihi 20 tahun.
Seksyen 15 – Mengambil Hasil Hutan daripada Hutan Simpanan Kekal atau Tanah Kerajaan tanpa lesen yang sah
Seksyen 40 – Memindahkan Hasil Hutan tanpa Pas Memindah daripada Tanah Berimilik, TOL, Lombong dan Tanah Rizab.
Seksyen 86 – Memalsukan atau merosakkan, atau Memiliki alat bagi tujuan pemalsuan, tanda pada pokok dan balak dan mengubah sempadan
Denda maksima RM 50,000 dan/atau dipenjarakan maksima 5 tahun
(Termasuk kesalahan seperti pekerjaan yang menyalahi undang-undang atau menjalankan aktiviti di dalam Hutan Simpanan Kekal; Memindahkan hasil hutan tidak pada tempat dan waktu yang ditetapkan; Mengambil atau mengutip sebarang hasil hutan termasuk rotan, buah-buahan, tumbuhan herba, mineral; dan membuang atau melupuskan sebarang bahan buangan; Larangan membakar dan menghalang pegawai dari menjalankan tugas atau enggan memberi kerjasama).
Seperti dalam Seksyen 32, 66, 67, 68, 69, 81(1)(b), 81(1)(c), 82(1), 84, 85, 87, 92, 96, 97, 98 & 100
Denda maksima RM 10,000 dan/atau dipenjarakan maksima 3 tahun
Kesalahan termasuk memasuki Hutan Simpanan Kekal; penggunaan jalan hutan, melepaskan ternakan; membenarkan ternakan meragut. Mencari, mengambil atau memindah apa-apa hasil hutan atau mineral; membersih atau membajak tanah dengan tujuan pertanian atau maksud lain; Menggunakan bahan beracun atau bahan letupan bagi maksud menangkap ikan atau memasang jerat atau menjebak)
Seperti dalam Seksyen 47, 50(4), 81(1)(a), 81(1)(d), 81(1)(e), 81(1)(f) & 83
Untuk keterangan lanjut mengenai kesalahan hutan mengikut seksyen seperti di bawah
SEKSYEN KESALAHAN HUTAN
Seksyen | Keterangan Seksyen | Denda |
15 | Mengambil hasil-hasil hutan daripada HSK & TK tanpa kebenaran | Tidak melebihi RM 500,000 dan penjara tidak kurang daripada satu tahun tetapi tidak melebihi 20 tahun. |
25 (2) | Tidak mematuhi Notis(Borang 2) | Tidak melebihi RM 50,000 dan atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya dan denda selanjutnya tidak lebih RM 1,000 tiap hari/sebahagian hari kesalahan berterusan. |
32 (1) | Menduduki/menjalankan sebarang aktiviti dalam HSK tanpa kebenaran | Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya |
40 (1) |
Memindah hasil hutan tanpa LP dari kawasan:
|
Tidak melebihi RM 500,000 dan penjara tidak kurang daripada satu tahun tetapi tidak melebihi 20 tahun. |
47 (1) & (4) | Memasuki Hutan Tertutup tanpa kebenaran | Tidak melebihi RM 10,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya. |
50 (4) | Mengguna jalan hutan tanpa permit jalan | Tidak melebihi RM 10,000 |
66 (4) | Tidak mematuhi arahan PPN di bawah sek. 66 (1) (2) & (3) -penentuan tempat pengukuran hasil hutan | Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya. |
67 (2) | Tidak mematuhi arahan PPN di bawah sek. 67 (1) - penentuan tempat pengukuran hasil hutan melalui LP | Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya |
68 (4) | Memiliki, menjaga/ mengawal apa-apa hasil hutan tanpa pas pemindah
Enggan menyerahkan Pas Pemindah untuk pemeriksaan |
Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.
Tidak melebihi RM 10,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya. |
69 (3) |
Operator loji penukaran tidak memiliki pas pemindah dan rekod pengukuran yang sedang ditukar/ berada di dalam kawasan loji Enggan menyerahkan Pas Pemindah dan rekod ukuran untuk pemeriksaan |
Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya. Tidak melebihi RM 10,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya. |
81 (1) | Perbuatan dilarang dalam HSK:
|
Tidak melebihi RM 10,000
Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya. Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya. Tidak melebihi RM 10,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya. Tidak melebihi RM 10,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya. Tidak melebihi RM 10,000 atau penJara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya. Tidak melebihi RM 10,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya. |
81(1) | Larangan membakar dalam HSK | Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya. |
83 | Membuang sampah sarap secara mengganggu | Tidak melebihi RM 10,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya. |
84 | Memiliki, menjaga / mengawal hasil hutan secara menyalahi undang-undang. | Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya. |
85 | Bawa masuk hasil hutan daripada lain negeri tanpa pas pemindah. | Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya. |
86 | Melancung/mencacat/ memiliki alat bagi melancung, tanda pada pokok dan kayu dan mengubah tanda sempadan. | Tidak lebih RM 500,000 dan penjara tidak kurang daripada satu tahun tetapi tidak melebihi 20 tahun. Tidak boleh di kompaun. |
87 | Penalti am | Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya. |
92(3) | Enggan memberi kerjasama Ruj. sek. 92 (2) | Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya. |
93(2) | Mengusik, memindah, merosak atau memusnahkan barang-barang yang disita. | Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya. |
96(2) | Menghalang pegawai hutan untuk memasuki atau memeriksa loji penukaran | Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya. |
97(2) | Enggan mematuhi larangan Seksyen 97 (1) larangan pengambilan hasil hutan atas sebab silvikultur dan lain-lain | Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya. |
98(2) | Tidak mematuhi larangan Seksyen 98 (1) |
Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya. |
100 | Memberi maklumat palsu | Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya. |
107 | Salah guna kuasa | Tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya. |