Fungsi Seksyen Perancangan dan Pensijilan Hutan |
|
1. |
Merekod, memantau dan mengemaskini Maklumat Sumber Hutan iaitu pewartaan Hutan Simpanan Kekal (HSK), pengelasan fungsi hutan serta data geospatial dan remote sensing yang meliputi pelbagai maklumat perhutanan |
2. |
Menyelaras dan menyedia dokumentasi serta pencetakan Rancangan Pengurusan Hutan (RPH), Pelan Strategik Perhutanan dan Laporan Tahunan Jabatan |
3. |
Menyelaras dan memantau prestasi perbelanjaan dan fizikal bagi Peruntukan Pembangunan Negeri, P58 seterusnya melapor kepada pengurusan atasan, Unit Perancang Ekonomi (UPEN) dan Pejabat Kewangan Negeri (PKN) |
4. |
Merancang dan menyelaras pelaksanaan audit bagi Pensijilan Malaysian Criteria and Indicators for Forest Management Certification (MC&I SFM) dan Pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 |
5. |
Menyelaras, memantau dan mengemaskini maklumat dan aktiviti berkaitan Pengurusan Hutan meliputi Pengukuran dan Penyelenggaraan Sempadan Luar HSK, Catuan Tebangan Tahunan (CTT), Inventori Hutan Sebelum Tebangan (Pre-F), Penandaan Pokok (Tagging), Maklumat Rancangan Tebangan dan Rawatan Tahunan (RTRT) serta penggunaan Sistem Maklumat Perhutanan Bersepadu Negeri Sembilan (FIS-9) |
6. |
Menyelaras maklumat dan melaksana aktiviti pemantauan serta penyelenggaraan bagi kawasan pemeliharaan Koridor Ekologi Central Forest Spine (CFS) dan kawasan High Conservation Value (HCV) |
7. |
Menyelaras dan memantau permohonan kawasan projek di dalam atau di luar HSK serta permohonan melaksanakan aktiviti penyelidikan dalam HSK |
8. |
Menyelaras perolehan peralatan kerja luar, papan tanda dan plet sempadan HSK serta tag penandaan pokok |