Fakta Menarik Tentang Taman Eko-Rimba Gunung Tampin
- Terletak dalam Hutan Simpan Tampin yang merupakan penghujung Banjaran Titiwangsa
- Terdiri dari jenis Hutan Dipterokarp Bukit yang kaya dengan pelbagai jenis pokok hutan, zinger dan palma.
- Mempunyai dua (2) puncak gunung iaitu Gunung Tampin Utara dan Gunung Tampin Selatan
- Mempunyai lalauan yang menghubungkan Gunung Datuk, Gunung Rembau, Gunung Gagak dan Gua Batu Maloi
Tahukah Anda
- Tampin berasal daripada bekas makanan tampin yang diperbuat daripada daun mengkuang.
- Dikatakan bahawa British pernah memasang Beirut di Bukit Tampin iaitu di Kompartment 30, Hutan Simpan Gunung Tampin pada suatu masa dahulu yang mana pada masa ini adalah lokasi terletaknya pencawang TM.
Kemudahan:
- Kolam mandi
- Tapak perkhemahan
- Wakaf
- Tempat letak kenderaan
Aktiviti:
- Joging
- Berkelah
- Mendaki Trans-Naning (Gunung Tampin-Gunung Datuk)
- Mendaki Gunung Tampin Utara
- Mendaki Gunung Tampin Selatan
- Mendaki Gunung Tampin –Gua Batu Maloi
Spesies Menarik
- Begonia tampinica
Lokasi
Terletak 2 km dari Pekan Tampin melalui jalanraya Tampin ke Seremban, 53 km dari Bandar Seremban.
Bagaimana hendak ke sana
Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Pekan Tampin
Alamat
Pejabat Hutan Daerah Negeri Sembilan Barat,
Kompleks Pentadbiran Daerah Seremban,
Persiaran S2A2 Seremban 2,
70300 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel/Faks: 06-6014000/06-6014004
e-mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Koordinat: 2.490523, 102.215422