Fakta Menarik Tentang Taman Eko-Rimba De Bana
- Terletak di Hutan Simpan Pasoh yang merupakan hutan Dipterokarp Pamah.
- Dinaik taraf pada tahun 1995
- Mempunyai kepelbagaian flora termasuk orkid liar, pokok-pokok herba seperti Tongkat Ali dan Kacip Fatimah.
Tahukah Anda
- Taman Eko-Rimba De Bana diberi nama bersempena nama sungai Sungai Bana dan daripada pokok akar banar yang mengalir di tengah-tengah taman eko-rimba ini. Ada juga mengatakan pada dahulu kala terdapat sebuah terowong dipercayai tempat persembunyian komunis di taman eko-rimba ini sehingga sempadan negeri Pahang yang menjadi tempat simpanan barang dan harta rampasan Jepun dan juga stok makanan. Tetapi sehingga sekarang gua tersebut tidak ditemui.
- Terdapat dua (2) perkampungan orang asli yang terdapat berhampiran taman eko-rimba ini iaitu Kg Sg Sampo dan Kg Sg Lot dari suku Semelai.
Kemudahan
- Tandas
- Surau
- Tapak perkhemahan
- Tempat letak kenderaan
- Pelantar
- Wakaf
Aktiviti
- Berkelah
- Meredah bukit
- Merentas denai
- Berkhemah
Lokasi
Terletak 18 km dari Bandar Baru Serting melalui Jalanraya Bahau atau 96 km dari Bandar Seremban
Bagaimana hendak ke sana
Untuk sampai ke taman eko-rimba ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan seperti teksi dari Pekan Serting
Alamat
Pejabat Hutan Daerah Negeri Sembilan Timur,
Kompleks Pentadbiran Daerah Kuala Pilah,
72000 Kuala Pilah,
Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel/Faks: 06-4811036/06-4842171
e-mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Koordinat: 2.972828 102.363724