• No Telefon
  • 06-7659849
Previous Next
NIOSH TANAM POKOK DI PD FOREST
2 Mac 2024 (Sabtu), PD Forest HS Sungai Menyala- Seramai hampir 40 orang kakitangan NIOSH dan urusetia penanaman di peringkat Jabatan telah terlibat dengan Program Tanggungjawab Sosial Korporat yang dianjurkan oleh Institit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH). Program ini telah dihadiri oleh Tn Hj Ayop bin Salleh, Pengarah Eksekutif NIOSH serta isteri Pn Hajah Jamilah binti Katis, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan.
Taklimat ringkas penanaman pokok telah disampaikan oleh En Ridhuan bin Shap dari Seksyen Silvikultur dan Perlindungan Hutan. Sebanyak 100 batang pokok yg terdiri dari spesies Meranti Tembaga (Shorea leprosula) Dan Merawan Siput Jantan (Hopea odorata) telah ditanam semasa program tersebut di Hutan Simpan Sungai Menyala.
 
Sumber : FB NIOSH

Selamat Datang ke Portal Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan

DDMS
ehrmis freedom

privasi

MyHRMIS Mobile