• No Telefon
  • 06-7659849
Previous Next
Bahang kian terasa. 1 Mac 2024 bermulalah episod mencari kemenangan bagi pasukan Bola Sepak Forest 9 FC iaitu gabungan antara Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan Dan Melaka, Bagi Merebut Piala Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia Edisi 2024 yang akan berlangsung di UPM Serdang, Selangor pada 1 hingga 3 Mac 2024.
Hari Ini 29hb Februari 2024 telah berlangsung sesi amanat dari Pengarah Perhutanan Negeri kepada semua barisan pemain Forest9 FC. Turut diadakan adalah pelancaran Jersi Baharu Pasukan Forest 9 FC. En.Ismail Ali Bin Kamarudeen, Pegawai Hutan Daerah Negeri Sembilan Utara telah dipilih sebagai Ketua Pasukan Forest 9 FC.
Turut hadir bersama pada majlis Ini adalah En. Mohd Rizal Bin Sabran, Timbalan Pengarah Pembangunan serta Tn Haji Nordin Bin Noor, Timbalan Pengarah Operasi.
Jadual Perlawanan Forest9 FC
 
Tarikh: 1 Mac 2024 ( Jumaat )
Masa : 4.00petang
Forest9FC vs JPN Kedah & Perlis
Tarikh : 2 Mac 2024 ( Sabtu )
Masa : 9.00Pagi
Forest9 FC vs IPJPSM & JPN KL
Tarikh : 2 Mac 2024 ( Sabtu )
Masa : 10.00Pagi
Forest9 FC VS JPN Johor

Selamat Datang ke Portal Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan

DDMS
ehrmis freedom

privasi

MyHRMIS Mobile