• No Telefon
  • 06-7659849
Previous Next

PANTAI CERMIN, PORT DICKSON
16 Mei 2024

Seramai hampir 80 orang peserta yg terdiri daripada pelajar KPM Beranang, peserta Program Jelajah Perpaduan Kayuhan Hijau, Majlis Perbandaran Port Dickson dan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan telah menyertai program penanaman pokok yang diadakan di Pantai Cermin, Port Dickson.
 
Program Jelajah Perpaduan Kayuhan Hijau ini merupakan program anjuran Kerajaan Negeri Perlis melalui Jabatan Perhutanan Negeri Perlis bersama Pertubuhan Nadi Sihat. Kayuhan mereka telah bermula dari Tanjung Piai pada 14 Mei 2024 menuju ke Batu Pahat, ke Ayer Keroh dan seturusnya ke Port Dickson. Jelajah ini akan diteruskan sehingga berakhir di Kangar Perlis.
Sebanyak 30 batang pokok Gajus (Anacardium occidentale) serta 20 batang pokok Rhu (Casuarina equisetifolia) telah ditanam bersempena program ini.
Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Tn Hj. Hamidi bin Abdul Halim, Pengarah Perhutanan Negeri Sembilan, Timbalan Presiden Pertubuhan Nadi Sihat, En Abdul Rashid bin Abdullah, Pn Nurrul Aini binti Janah wakil Majlis Perbandaran Port Dickson serta En. Fadhlan bin Aris, Pensyarah KPM Beranang.

Selamat Datang ke Portal Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan

DDMS
ehrmis freedom

privasi

MyHRMIS Mobile