• No Telefon
  • 06-7659849
Previous Next

Jeram Enggang & Tiga Lapis terima kunjungan YAB Menteri Besar Negeri Sembilan


YAB Dato’ Seri Hj Aminuddin bin Harun telah meluangkan masa bagi menghadiri sesi Lawatan Kerja di satu lagi produk baru ekopelancongan di Negeri Sembilan iaitu Jeram Enggang dan Jeram Tiga Lapis.
   Jeram yg cantik dan mempunyai keistimewaan tersendiri ini terletak di dalam Hutan Simpan Berembun, Jelebu. Perjalanan masuk ke Jeram Enggang sejauh lebih kurang 12 km dr Pekan Kuala Klawang menghala ke Kg Orang Asli Baner Tengkoh dan Kg Ulu Jelebu memerlukan pengunjung menaiki kenderaan 4x4.
   Satu sesi taklimat Cadangan Pembangunan Jeram Enggang dan Jeram Tiga Lapis turut diperdengarkan dan telah menerima respond positif dgn beberapa penambahbaikkan dan cadangan.
   Perjalanan menuju ke Jeram Enggang melalui denai hutan yg mengambil masa lebih kurang 20 hingga 30 minit dari Base Camp akan menyajikan pengunjung keindahan Hutan Simpan Berembun. Sebanyak 5000 ekor anak ikan telah dilepaskan disungai berhampiran hasil sumbangan Jabatan Perikanan Negeri Sembilan.
  YAB Menteri Besar , YB Setiausaha Kerajaan Negeri serta barisan jemputan turut meluangkan masa menanam pokok Resak (Vatica yeechongii) sebagai tanda sokongan Kempen Penghijauan Malaysia di peringkat Negeri Sembilan.
   Jabatan Perhutanan NS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kpd semua Jabatan dan agensi yg terlibat dalam menjayakan sesi Lawatan Kerja YAB Menteri Besar NS ke Jeram Enggang dan Tiga Lapis.

Jom teghojah Nismilan!!!

Selamat Datang ke Portal Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan

DDMS
ehrmis freedom

privasi

MyHRMIS Mobile