• No Telefon
  • 06-7659849



  Fungsi : -
     
1. Bertindak sebagai “Focus point” Jabatan di dalam proses penyampaian dan penyaluran maklumat di peringkat jabatan dan negeri;

2. Merancang dan melaksanakan strategi pemerkasaan imej korporat jabatan;

3. Merancang dan menyediakan cadangan belanjawan bagi penganjuran acara “Calender of Event” jabatan dalam sektor ekopelancongan
Negeri Sembilan;

4. Menguruskan perhubungan awam dan media dengan merancang strategi media dalam penyebaran maklumat menerusi liputan media/
sidang media, kenyataan akhbar, siaran media dan temu bual khas TV/radio/akhbar, serta program bersama media;

5.  Mewujudkan perhubungan kerjasama antara pihak awam, pihak swasta serta rangkaian media melalui strategi penyampaian maklumat
perkhidmatan yang berkesan demi mencapai objektif jabatan secara keseluruhan;

6. Menyelaras dan mendokumentasikan bahan maklumat bagi program dan aktiviti serta majlis rasmi jabatan melalui penerbitan bahan
cetakan seperti buletin, laporan tahunan, brosur dan liputan bergambar bagi tujuan hebahan;

7. Menyediakan bahan edaran dan rujukan kepada pihak awam dan media serta bahan maklumat bagi setiap dasar, perkhidmatan,
peranan, program dan aktiviti serta majlis rasmi jabatan melalui penerbitan;

8. Menyelaras dan menguruskan pelaksanaan aktiviti pameran Jabatan; dan

9. Menyelaras persiapan majlis-majlis jabatan secara logistik serta aturan lawatan bagi tetamu Jabatan dari dalam mahupun luar negeri;

 

Selamat Datang ke Portal Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan

DDMS
ehrmis freedom

privasi

MyHRMIS Mobile
Multi Language [MY] | [EN]