Pejabat Hutan Daerah Negeri Sembilan Barat meliputi empat (4) daerah sivil iaitu Daerah Seremban, Rembau, Tampin, dan Port Dickson yang dibahagikan kepada dua (2) pejabat Renj Hutan iaitu Renj Hutan Seremban dan Renj Hutan Gemencheh |
Fungsi : - | ||
1. | Menguruskan kutipan hasil dan kewangan serta menyediakan laporan berkaitan; |
|
2. | Menguatkuasakan peraturan dan disiplin keselamatan, perlindungan fizikal dan rekod/dokumen Jabatan serta menguruskan perolehan peralatan/kelengkapan Jabatan dan pengurusan stor; |
|
3. | Mentadbir, mengurus dan membangunkan sumber dan perkhidmatan hutan; |
|
4. | Melaksana penguatkuasaan undang-undang yang diperuntukkan; |
|
5. | Melaksana aktiviti-aktiviti operasi hutan, pengurusan, pembangunan dan perlindungan hutan; |
|
6. | Memantau aktiviti pengusahasilan hutan dan industri berasas kayu; |
|
7. | Mengumpul serta mengemukakan maklumat dan data/statistik perhutanan; |
|
8. | Mengawal aktiviti pengusahasilan hutan, kutipan hasil dan penguatkuasaan undang-undang; |
|
9. | Bekerjasama dengan agensi-agensi lain di peringkat daerah-daerah sivil di dalam menangani isu-isu semasa dan hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan perhutanan; |
|
10. | Memantau dan mengawal kebakaran hutan dan bencana alam berkaitan hutan |
Alamat | : | Pejabat Hutan Daerah Negeri Sembilan Barat, Aras 2, Kompleks Pentadbiran Daerah Seremban, Persiaran S2A2 Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. No. Telefon : 06 – 601 4000 Fax : 06 – 601 4004 |