• No Telefon
  • 06-7659849

 

 

Pejabat Hutan Daerah Negeri Sembilan Timur meliputi dua (2) daerah sivil iaitu Daerah Kuala Pilah, dan Jempol yang dibahagikan
kepada dua (2) Pejabat Renj Hutan iaitu Renj Hutan Kuala Pilah dan Renj Hutan Jempol.

 

  Fungsi : -
     
1. Menguruskan kutipan hasil dan kewangan serta menyediakan laporan berkaitan;

2. Menguatkuasakan peraturan dan disiplin keselamatan, perlindungan fizikal dan rekod/dokumen Jabatan serta menguruskan perolehan peralatan/kelengkapan Jabatan dan pengurusan stor;

3. Mentadbir, mengurus dan membangunkan sumber dan perkhidmatan hutan;

4. Melaksana penguatkuasaan undang-undang yang diperuntukkan;

5. Melaksana aktiviti-aktiviti operasi hutan, pengurusan, pembangunan dan perlindungan hutan; 

6. Memantau aktiviti pengusahasilan hutan dan industri berasas kayu;

7. Mengumpul serta mengemukakan maklumat dan data/statistik perhutanan;

8. Mengawal aktiviti pengusahasilan hutan, kutipan hasil dan penguatkuasaan undang-undang;

9. Bekerjasama dengan agensi-agensi lain di peringkat daerah-daerah sivil di dalam menangani isu-isu semasa dan hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan perhutanan;

10. Memantau dan mengawal kebakaran hutan dan bencana alam berkaitan hutan

 

 Alamat  : Pejabat Hutan Daerah Negeri Sembilan Timur,
Lot 4343, Jalan Melang Ampang Tinggi
72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus.
No. Telefon : 06 – 481 1036
Fax : 06 – 484 2171



 

Selamat Datang ke Portal Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan

DDMS
ehrmis freedom

privasi

MyHRMIS Mobile
Multi Language [MY] | [EN]